Thursday, September 6, 2012

DAKWAH

Dalam riak wajah ada pancaran dakwah. dalam tutur bicara ada gema tarbiah. dalam gerak langkah ada semangat mujahidah. kita lupakan wajah yang layu. kita tinggalkan bicara pilu. kita kuburkan langkah yang lesu. BANGKIT MENJULANG PERJUANGAN!


"Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan"


 

" Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang mencipta segalanya, yang menimpakan uijan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya..."


‘Good, better, best, never let it rest till your good is better and your better is best. Success will not lower its standard to us. We must raise our standard to success’'He who ask a question is a fool for five minutes, he who does not ask a question remains a fool forever. Teacher open the door, but you must enter by yourself’‘When you make a mistake, don’t look back at it long. Take the reason of the thing into your mind and then look forward. Mistakes are lesson of wisdo. The past cannot be changed. The future is yet in your power’ 

 

Tuesday, August 14, 2012

Burma ? ISLAM :)


Suatu pagi, seorang ayah melihat anaknya yang berumur 14 tahun kelihatan sugul termenung di tangga.

Ayah: "Selamat pagi..."

Anak: "Ya, selamat pagi ayah. Sekarang pukul berapa?"

Ayah: "11.30 pagi."

Anak: "Ayah ibu baru bangun, ya?" 

Ayah: "Hari minggu kan. Biasalah. Syok tidur lepas Subuh. Hehe."

Anak: "Ibu dah habis tengok drama Korea malam tadi?"

Ayah: "Ayah rasa dia dah habis tengok malam tadi. Pukul 2.30 pagi dia tdo malam tadi. Ayah balik pukul 2 pagi tadi dari kedai kopi makan colek buah dengan member, ibu duk menonton lagi. Ayah terus tidur tak tunggu dia dah. Bangun-bangun dah sahur."

----
Anak: "Oh..."

Ayah: "Duk menung jauh nampak. Fikir awek kat sekolah ek? Hee"

Anak: "Emm..ayah tau tak Burma tu kat mana?"

Ayah: "Err..er.."

Anak: "Dulu namanya Burma. Sekarang namanya Myanmar. Negara tu terletak sebelah dengan Bangladesh. Dulu kerajaannya dipimpin kerajaan tentera sampai 2011. Sekarang baru kerajaan demokrasi. Dah ada presiden namanya Thein Sein."

Ayah: "Err..kenapa dengan Burma ni?

Anak: "Saya baca dekat internet, kat sana ada 800 ribu penduduk Rohingya yang mana mereka ni tidak diiktiraf kewarganegaraan mereka. Ramainya antara mereka orang Islam macam kita. Masyarakat majmuk juga macam negara kita. Kat wilayah yang ada penduduk Rohingya tu ada puak Buddha yang besar orang panggil Buddha Rakhine."

Ayah: "Ok. Ayah tak faham. So?"

Anak: "Kat sana telah berlaku rusuhan antara agama. Buddha lawan Islam. Islam telah lama didiskriminasi di sana. Tapi kali ini telah sampai ke kemuncaknya. Tahun ni hingga ke bulan Ramadhan ni, berpuluh-puluh ribu umat Islam dibunuh oleh fanatik Buddha. Masjid-masjid dibakar bersama jemaah di dalamnya, yang membantu baiki masjid dipenjara, wanita-wanita dirogol sampai mati, mayat-mayat umat Islam dihumban ke sungai ke laut tanpa boleh dikebumikan, dibiarkan dimakan anjing-anjing dengan mayat2 dibogelkan tidak berpakaian. Moga Allah melaknat kezaliman melampau yang sedang berlaku. Allah..Allah.."

Ayah: "Owh. Jadi kamu risaukan mereka?"

Anak: "Ya. Tapi saya lagi risaukan kita umat Islam seluruhnya."

Ayah: "Eh, nak risau apa. Jauh lagi tu. Kita duk dalam Malaysia ni aman la. Tiap-tiap tahun boleh sambut malam countdown Tahun Baru dengan meriah. Siap bunga api, konsert dan tarian. Rilek.."

Anak: "Itulah yang saya bimbangkan. Jika semua umat Islam sama seperti kehidupan kita; masih seronok menonton drama/filem kesukaan, masih bersembang sakan dengan rakan-rakan sampai lewat malam di kedai kopi, kedai mamak..tidur lewat, bangun lewat... maka di manakah perubahan?"

Ayah: "Alah..sekali-sekala je hari minggu pe.."

Anak: "Ya, saya lihat pada diri saya sendiri je. Balik sekolah, balik tuisyen malam dah penat. Tidur lewat. Bangun dh subuh. Tahajjud terlepas. Kemudian berulang lagi rutin setiap hari begitulah. Ibu ayah kerja pun begitulah. Balik keje dh penat. Esok ulang lagi keje."

Ayah: "Erm..."

Anak : "Sejujurnya kita tidak betul-betul doa untuk umat Islam yang menderita di seluruh dunia. Masa yang terluang, diisi dengan laman sosial, tenet, outing dgn kawan, buat benda yang kita suka dan sebagainya. 

Jadi, bila kurangnya doa, seluruh umat Islam tidak bersatu hati berdoa, tidak sudi berdoa, agak-agak Allah sudi tak memberikan pertolongan dengan usaha kita yang tak seberapa? Sedangkan makin kita taqarrub(dekat diri) pada Allah, Allah makin dekat pada kita mengabulkan doa-doa kita, kan?"

Ayah: "..."

Anak: "Dahlah. Saya pun tak tahu nak buat macam mana. Saya tak boleh pergi berperang, saya tak boleh berdemonstrasi, apa yang saya mampu buat hanya berdoa dan berikan derma pada mereka. Maaf ayah..saya pergi buat keje sekolah dulu."

Ayah terdiam memikirkan kata-kata anaknya.

--
Story by: Syabab Musafir Kasih




so dari al kisah ringkas di atas di mana kah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama.. ?? 
kita yang tentukan :) 

Saturday, July 21, 2012

snapping

Selamat Datang...Sudahkan Anda Menunaikan Tanggungjawab Kepada Rabbul-'Alamin?

:D okey jom jengah sebenatr gambr2 molek ni XD








Saturday, June 16, 2012

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi.
Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan.
Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar.
Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.”
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)

 Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah.
Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah.
Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

 Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung.
Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa.
Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

. Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Sumber: gmail-malaysia@googlegroups.com

Tuesday, June 5, 2012

SMART BEST :D



Kita akan bersama menempuh segalanya bersatu hati mendamaikan jiwa yang penuh kesah 
janji patri bersama ikatan tulus setia 
assalamualaikum semua :DD hehhex okey nak cerita ni izzah baru ja balik dari kem SMART di Dusun resort Kuala nerang :D pergh memang macam ni lah #thumbs up# hehhehe
dengan suasana yang mendamaikan disertakan dengan keadaan bilik yang selesa *berAircond duh :D*
pergh memey >TERBAEK<
tapi kan nak tahu satu cerita tak yang paling lawak pernah jadi dalam hidup izzah ??
okey continue baca cerita ni tau
Hari ni hari terakhir kami kat kem ni T_T  jadi sebelum majlis penutup kami semua diminta berkumpul kat dalam dewan ni . nak dijadikan cerita fasilitator kami Uncle BOB buat pengumuman . katanya beliau serta abg-abg dan kak-kak fasi yang lain kecewa dengan pelajar ni sebab mereka buat KONFRENTASI . beliau pun panggillah kak Zai dan Kak Fai ke depan dan bawak nama-nama pelajar tersebut. masa tu kan dia cakap macam ni
nama pelajar yang saya akan sebut ni akan dibuang dari PDCA 
Ya Allah , time tu memang izzah berpulut capoi sangat p cakap kat kawan izz "tah-tah aku tah " *sambil sengih macam kerang WANGI :P *
tetiba nama Izzah Jalilah dipanggil oh no what happen in my world ? kenapa aku akan dibuang kenapa? macam mana ni tak kan aku nak buat nak SMKKS teruk kowt ?
macam nak nangis ja terus tapi tahan jer la malu siot kat Bannat dan Bani ni :(
xper la izz pun jalan jer la ke depan . Selepas tu nama kawan izz di panggil Ain Afiqah . dia pun kedepan jer la duk tepi saya :') saya terfikir gak "bilalah aku ni gaduh ngan ain ni kitaorang Kawan baik la jugak" xper la dah tgk muka para fasi semacam serius ja izz jadi lagi gementar.. macam diorang cakap nak buat laporan lah
 :(  then uncle bob kata kita hukum depa dengan mintk depa nyanyi satu lagu , masa pgng mikrofon tu sumpah  gementar duh.. kitaorg punya lah pulun cari lirik lagu tuu xjumpa-jumpa :( then tetiba keluarlah satu lagu ni
Allah selematkan kamu , Allah selamatkan kamu ............
ya Allah time tu memang izzah nangis lah sebab izzah tau lah my b'day tu kelmarin 4jun tapi hari ni 5 jun kawan izzah , ain ni smbut b'day dia 3 jun  .. kak zai dan kak fai kasi kami dua orang satu kad merah jambu berserta autograph berharga dari para FASILITATOR :)

NO WORD CAN I SAID I LOVE YOU SO MUCH
REBUTIA , YOU'RE ROCK ! 

Sunday, April 29, 2012

ketika bicara tiada suara


Saat lidah kelu tanpa suara, kucapai helaian warkah kosong…kubiarkan pena menari rancak, melakar sebuah rahsia hati, mencurah secebis rasa yang terpendam di dalam jiwa, menyingkap kebuntuan yang terkunci di minda… biarlah tiada jawapan yang terbalas…,biarlah tiada siapa yang peduli… biarlah dunia menjauhi diri… kerna di sisiku ada Dia yang Maha Melindungi… Dia yang Maha Kekal…

Dia yang mengukirkan senyuman di bibirku saat aku merasa gembira dan bahagia..,
Dia yang menitipkan airmata di mataku saat aku merasa sedih dan berduka..,
saat teman tiada menemani..,
Dia tetap setia mendampingi diri..,
di waktu senang..,
mahupun di waktu sukar..,
teman dan keluarga yang kumiliki kini,
bukanlah milikku selamanya,
kerna..,
bila sudah tiba waktunya,
semuanya akan pergi meninggalkanku sendiri,
kerna..,
segalanya adalah milik Dia yang Maha Memiliki,
namun…,walaupun dalam sedar..,
aku masih selalu menyombongkan diri kepada Dia,
kerna sesungguhnya aku hanya insan biasa,
insan yang sering lupa dan leka,
adakalanya aku mengingkariNya biarpun aku sedar Dia melihatku,
ya Rabbi…ya Muhaimin…,
Engkau yang membolak-balikkan hati-hati,
janganlah Engkau palingkan hatiku dari agamaMu,
janganlah Engkau tarik nikmat iman dan Islam dariku,
biarpun dosaku sebanyak buih di lautan luas,
biarpun amal kebaikanku hanya sedikit cuma,
jauhkan diriku dari bisikan syaitan yang menyesatkan,
hindari diriku dari hasutan nafsu yang memusnahkan,
pelihara diriku dari perasaan riak dalam amalan,
lindungi diriku dari tipuan dunia yang menyesakkan,
pimpinlah diriku dalam kesederhanaan,
bantulah diriku dalam kesempitan,
bimbinglah diriku dalam kesabaran,
tuntunlah diriku dalam kejayaan,
“…Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi(kurnia)…
“…Ya Allah ya tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh-kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia…”
Amin ya rabbal ‘alamin…