Saturday, December 15, 2012

BAHAYA TIDUR DALAM LAMPU TERBUKA




*saya pun suka buat gak dah la merosakkan badan dan tak menjimatkan duit elektrik la pulak*

hah sila la baca noh ish2 kita ni suka buat benda dalam sedar 


Nota Hati : sumber ni mai dari Facebook jugak ya :) 

Friday, December 14, 2012

SMS


ASSALAMUALAIKUM 
KEPADA PELAJAR YANG AKAN MENGAMBIL RESULT PMR RABU NI 19/12/2012 BOLEH LA MEMBUAT SEMAKKAN SECARA SMS SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR DI BAWAH YA :) 

SEMOGA KITA SEMUA MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG DI IDAM-IDAMKAN =D 

"KAMU SAHABATKU GIVEAWAY BY EJULZ"

Assalamualaikum semua =D dah lama iz tak join mana2 giveaway .. tetiba ja terdetik nak sertai :) rindu dgn kawan2 blog ni .. blog depa makin cute blog kita biasa-biasa saja :)
hah tengah dok syok Blog walking terjumpa blog ni :) -->http://kampung-kameq.blogspot.com<--
hmm tetiba teringat seorang kawan yang selalu guna words kamek dgn kitak ni.. waaa lama tak contact dia ..
okey lah back to the story kk.. saya nak join GA ni nampak best ja it is about Our Friend !!!


cantik tak banner contest ni.. simple but awsome right :)

tag friend--> Syazwani Zamri


(Saya sayang sahabat saya kerana dia hadir bukan sahaja sebagai seorang sahabat..hadir nya membuatkan jiwa yg berduka tetap bergembira .. dia bukan seorang yang senang-senang ja nak lupa kawan .. hadirnya seperti ibu .. memberi nasihat tak kira waktu ..pokoknya persahabtan yang terjalin antara kami adalah kerana Allah semata-mata .. Ukhwah fillah abadan abada.. insya-Allah till Jannah I lOVE You)

izz harap korang pun akan join GA ni k .. :-) 

Assalamualaikum..

 Nota Hati : cepat-cepat tau join tarikh tutupnya 23/12/2012

A simple trip to langkawi

Assalamualaikum warga blogger sekalian alam ya ... wahh berapa lama berapa kurun berapa abad*key kami merepek ja* tah iz tak mengaktif blog kesayangan saya ni ya.. 
saya tak ada kisah menarik yang nak dikongsi bertambah pulak dengan internet yang comel omey gitu =='
apa-pun nak tanya la jugak kan ? cuti ni korang pi mana ? atau dalam bahasa mudah "awak semua pergi bercuti kemana?" hehehe. kalau ada destinasi yang menarik dan kisah yang gempak korang kongsi la ya insya-Allah saya akan baca*mood rajin besa doh* 
kalau saya kan saya pergi bercuti ke Langkawi*satu tempat yang agak indah tapi saya tak nak jejak kaki ke situ lagi insya-Allah Never!* 
be happy, candy, colorful, food, rainbow, smile
sebab apa iz x suka p sana sebabnya saya mengalami kepeningan yg teramat sgt ! :p dan yang sedih tu balik ja dari langkawi terus Demam .. hampir-hampir gak nak kena demam panas tapi dah Allah mengkehendaki yang lain jadinya kan ^^ okey langkawi tempat yang best untuk manusia macam saya ni kan !!
Chocolate !! ahahakas banyak kot duit ku dihabiskan untuk benda molek ini.. agak banyak juga la tempat yang di lawati tpi yang tak mungkin saya lupakan ialah masa naik Kereta Kabel! harga normal rm16 gitu ja tpi sebabkan kitaorang nak cepat jadinya RM65 per/Person okey calculate semua sekali dgn anggota keluarga 9 org RM 550 ahahaks terbaik kan .. tak pa sekali ja kan .. 
okey la nak kongsi dgn korang beberapa keping gambar ya .. hope enjoy .. 









serius cantik kan ? okeyh mengaku edit nii


ohsem ohsem meyh !! gayat maa

cantik kan kurniaan Allah ni :D

ni la telaga tujuh :D pandangan dari atas kabel :)

hah .. sampai sini saja ya dulu apa nak ditanya sila la tinggalkan pesanan di komen atau di cbox tu ja ya :) thanks reading ..
heran jugak noh .. ramai jugak kawan kami yang p Langkawi tahun ni.. 
apapun
^_^SAYA BANGGA JADI WARGA PULAU PINANG^_^ 
*eh aku orang perlis*
Ada I kisah :* :* 
Selamat bercuti 

Nota Hati : kalau tak keberatan mintak doakan saya cemerlang dalam Pmr ..  gementar jugak nak ambil result rabu next week .. harap dapat bagi ayah dan umi happy.. please pray for us .. love you till jannah 

Wednesday, December 12, 2012


✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR#

✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT#

✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA#

✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD#

✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHUK.




 


°°◦♫♥♪ WAHAI BIDADARI, MARI MENUTUP AURAT DENGAN BETUL! ♪♥♫◦°°

>> TUDUNG : Tudung mestilah labuh, menutupi dada, tidak jarang dan tidak terlampau menarik perhatian orang. Tidak boleh memakai sanggul tinggi sehingga begitu jelas kelihatan seperti bonggol unta.

>> PAKAIAN: Baju mestilah labuh, tidak jarang, longgar, tidak menampakkan bentuk badan dan tidak menggunakan warna yang terlampau terang. Lengan baju mestilah sampai ke pergelangan tangan. Bahagian pergelangan tangan ke atas adalah aurat yang wajib ditutupi.

>> PERHIASAN: Perhiasan tidak boleh sehingga tabarruj, jangan kelihatan begitu terserlah dan bukan niat untuk menarik perhatian orang.

>> KAKI: Kaki adalah aurat, wajib ditutupi. Pakai sarung kaki. Tidak boleh memakai gelang kaki yang berbunyi dan kasut tinggi yang menyebabkan bunyi sehingga menarik perhatian. Gunakan kasut tumit getah.

°°◦
♫♥ Cantiknya kamu bila tertutup. ♪♥♫◦°°
Socks up!

‎"Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya…^^,

Monday, October 29, 2012

Tolong beritahu si dia, aku ada pesan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman
larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

yaAllah,jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku…seta berkatilah bagiku didalamnya…tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bgku dalam agamaku dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya,dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya,lalu jadikan aku meredhainya…amin~,