Saturday, May 4, 2013

sja ja

gambar ni tak dak kaitan ngan sapa sapa ya xD


Assalamualaikum :D jyeah molek lahh 15 hari nii seronok ja rasa dpt tgk ramai anak muda bangkit tegakkan kebenaran hapuskan pembohongan. !
Tadi umi ngan ayah gi undi awal hehe tak sesak lah katakan.. along ngan abah pun walaupun dok kat bagan tap kena undi kat sini tasek gelugor ni.. hurm. Tak pa lahh kita tunggu keputusannya malam ni okay :D
Hmm tujuan aku tulih ni tak dakkaitan pun ngan politik .  kita tutup dulu kisah ni noh satgi chek sambung balik.

Ermm sebenarnya hari jumaat 3 may tu kitaorang ada dengar ceramah dari ex-student smkks :’> ngee seronok k. cara penyampaian nya dia selamba ja macam kami ni kawan-2 dia ja.  Aku macam tersentak lh jugak kan .. sebab tajuk dia C.i.n.t.a .. tengah kita dok sibuk pasai politik dia sibuk nak cakap pasal cinta kenapa ek ? sebabnya dia kata kat university sibuk sangat dok berbicara tentang cinta. Cinta ni halal ka haram ? cinta ni boleh ka tidak ? cinta ni berdosa dak ?

So kitaorang pun dengarlah kisah kisah dia yg sekian sekian .. sehingga aku rasa aku ni kurang kecerdikan . erm.. aku terlalu suka kat mamat ni sampai x Nampak hamba Allah yg lain dah selain dia.  Aku buat dia macam istimewa lah sangatkan dalam hati ni tapii tetiba aku terfikir kenapa dia ya ? dia pun x sempurna kan.. aku kan bila teringat benda lepas yang pernah aku lalukan.. aku rasa idiot tau dak .. sebab cinta ni aku jadi buta.. aku selalu cakap kalau aku down periksa kali ni ni semua bukan salah dia bukan sebab aku angau kat dia tapi sebab aku yang kurang berusaha kurang berdoa.. pokoknya aku memang akn letak salah tu kat bahu aku. Padahal aku tau sekali pun tak pernah terlintas kat hati dia tentang aku . sekalipun tak pernah dia suka aku. Sometimes aku takut hilang dia . sometimes aku rasa mampos kat dia lah -.-  

Tambahan pula sejak dia stay kat hostel ni memang lahh aku dah jarang contact dia kalau boleh tuu sebulan sekali ja .. baguslah at least aku tak perlu terlibat dalam benda alah cenggini lagikan. Matang dah ker aku ? *excited* hehe sah la dak lgi tapi sebab aku dah jumpa ramai orang buat aku rasa dia bukan jodoh aku. Fine gedik giler aku kecik-2 dh berjodoh bagai ni.. hehe awak semua tahu tak untuk mencipta suatu kenangan awak perlu lalui setiap pengalaman dulu. Baru awak tahu peritnya mecintai sakitnya dilukai pedihnya disakiti. Tapi bukan semua cinta  teruk tau. Cuma kekadang cinta manusia tak bermakna apa apa. Dia hadir sebentar tapi pergi untuk selamanya. Dia datang tak diundang tapi pergi tak ditendang *xD*  awak awak sila dekatkan diri dengan keluarga awak tau. Dalam kalangan manusia hanya mereka layak dipercayai. Jangan cerita masalah awak pada seorang rakan yang akhirnya akan tinggalkan awak sendiri. Jangan sesekali pentingkan kawan dari keluarga awak. Saya  memang tak sempurna nak nasihat orang tapi ni sekadar tulisan ringkas buat ingatan jer ya . saya mungkin jarang menulis sebab saya rasa saya tak layak lagi nak menulis macam dulu. Blog saya yg dahulu mungkin aku terus private. Hanya mungkin. 

  Awak kalau ada seseorang hadir mengetuk pintu hati awak saya harap awak tabah dan kuat ya. Bersedia lah untuk disayangi bersedia lah untuk disakiti dan tabahlah jika ditinggal. Awak saya tahu tak semua kita ni bercinta kan. Maksud saya couple lah .. kita mungkin hanya bercinta dalam hati. Mungkin hamba Allah opposite tuu tahu dan mungkin tak tahu kan.. tak per awak salurkan cinta awak dalam setiap sujud awak ya berdoalah mohon dia yang terbaik buat awak. Tapi saya yakin memilik tulang rusuk tak pernah tertukar Cuma masa dan takdir yang akan menentukannya.

The moments I miss them
The moments they come and gone
The moments they cheers they cried
The moments they never come back
Friendship sometimes give us strength
Friendship sometimes create us in the future
Friendship never ends..
Is it true “friendship never ends” ?
Curious kill me enough
Curious make me confuse
My dear friends even I know you’ve found someone special and you keep delete me in your life
I’ll appreciate the old of you. I love the old one. The new one disgusting -.-
Now you’ve found someone better. Okay then bye.  
  

Tuesday, April 30, 2013

Kertas 3 bab 3

weyh aku x tau lah ni berguna ka tak tapi kalau nak ambik silakan. terima kasih. assalamualaikum.
Pengenalan/ Latar Belakang Kerajaan Awal di Asia Tenggara

1.      -Lokasi kewujudan
2.      -Bentuk / Jenis
3.      -Contoh Kerajaan Awal
4.      -Bukti kewujudan
5.      -Jangkamasa
6.      -Maksud
7.      -Proses pembentukan
8.      -Peranan
 
Ciri-ciri Kerajaan Awal:
Agraria
a)  Lokasi:
-terletak di lembah / lembangan sungai
-Sungai Irrawady/ Menam/ Mekong/ Sg. Merah
-kawasan pedalaman
-lereng gunung berapi
-kawasan pertanian subur
-kawasan berbukit

b)   Kegiatan:
-penanaman padi huma/ sawah
-tanaman sampingan/ sayur/ buah-buahan/jagung/pisang
-penternakan
-memungut hasil sungai
-menghasilkan rempah ratus
-mengutip sarang burung
-perdagangan
-mengutip kulit kura-kura
-menangkap  ikan

c)   Teknologi:
-mahir membina sistem pengairan/ baray/ relung/ teres
-peranan sebagai pembekal

Faktor perkembangan kerajaan Agraria:
1.      -tanah yang subur/ lanar/ mendap/ luas
2.      -iklim yang sesuai / panas dan lembab sepanjang tahun
3.      -berdekatan sumber air/ tasik/ sungai
4.      -peranan pemerintah terlibat mengurus/ membina sistem pengairan
5.      -kemajuan sistem pengairan/ baray/ relung
6.      -kekayaan sumber alam/ hasil hutan/ sumber protein
7.      -kemahiran penduduk/ tukang kayu/ tukang batu
8.      -penduduk ramai
9.      -hubungan luar dengan kerajaan maritime/ pembekal
10.  -kestabilan politik/ keamanan/ pentadbiran
11.  -beras sebagai dagangan utama
12.  -bekalan makanan yang mencukupi

 Maritim:
Lokasi
-pesisiran pantai/ kepulauan/ lembah sungai/ strategik

Kegiatan:
-berasaskan kelautan/ perdagangan
-menangkap ikan/ memungut hasil laut
-perlombongan / pengeluar bijih logam
-membekal hasil tempatan / logam

Membina:
-Membina / membaiki kapal
-belayar berpandukan bintang
-meneroka laut
-berbahasa/ menggunakan bahasa  Melayu sebagai bahasa Lingua Franca

Penduduk:
-orang tempatan/ pedagang luar

Pelabuhan:
Lengkap dengan kemudahan/ strategik

Faktor perkembangan Kerajaan Maritim
1.      -kedudukan strategik / laluan perdagangan
2.      -terlindung daripada angin monsun / selamat
3.      -pelabuhan lengkap/ kemudahan / barang dagangan/ pembekal/ kerajaan/entreport
4.      -kemahiran membina kapal/ baiki kapal/ semangat meneroka/ berpandukan bintang di langit
5.      -mempunyai bala tentera, mengawal perairan
6.      -bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
7.      -mempunyai panduan semula jadi kepada pedagang
8.      -mempunyai hubungan luar dengan India/ China/ Agraria
9.      -berperanan sebagai pusat penyebaran Hindu-Budhha
10.  -pemerintah cekap
11.  -keamanan/ sikap terbuka
12.  -kekayaan hasil hutan/ sumber ekonomi

Aspek Saling Bergantung:
1.      -makanan/ beras
2.      membekalkan barang dagangan utama
3.      -tukang kayu/ batu
4.      -bahan mentah/ kayu/ buat kapal
5.      -binatang kenderaan/ gajah
6.      -barangan mewah diraja/ tekstil/  gelas/ manik
7.      -hasil hutan/ kayu gaharu/ rotan/ damar/ hasil lain
8.      -keamanan
9.      hubungan baik/ diplomatik
10.  -kemajuan ekonomi
11.  hubungan perdagangan
12.  -pasaran
13.  kemudahan pelabuhan
14.  -Bahan galian/timah/ emas

Kedudukan Strategik Dimanfaatkan demi Kemajuan Negara
1.      -menyediakan kemudahan pelabuhan
2.       -menyediakan jalinan pengangkutan/ perhubungan
3.      -sistem cukai yang berpatutan
4.      -kawalan kawasan perairan
5.      -memajukan industria perkapalan
6.      -menubuhkan akademi pelaut/ maritim
7.      - -menggunakan teknologi moden
8.      -menambahkan bilangan pelabuhan bertaraf antarabangsa
9.      -pelbagaikan fungsi pelabuhan
10.  -penambahbaikan infrastruktur
11.  -memajukan kawasan persisir pantai
12.  -pemuliharaan khazanak laut/ flora dan fauna
13.  -menggalakkan pelaburan asing
14.  -menjalin hubungan baik dengan semua negara
15.  -menganggotai pertubuhan  antarabangsa
16.  -menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau
17.  -mengekalkan keamanan serantau
18.  -mengekalkan perpaduan kaum
19.  -kestabilan politik/ zon aman/ bebas/ berkecuali

Kejayaan Negara Setelah Memanfaatkan kedudukan Strategik
1.      -kemajuan ekonomi
2.      -kegiatan maritim berkembang
3.      -pemodenan pertanian
4.      -perindustrian berkembang
5.      -perkembangan teknologi
6.      -pelaksanaan k-ekonomi
7.      -tumpuan pelancong asing
8.      -hubungan antarabangsa berkembang
9.      -pusat kewangan pesisir pantai
10.  -kemajuan sistem pengangkutan
11.  -kemajuan sistem komunikasi

Cabaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju:
1.      -pencemaran
2.      -tekanan daripada negara maju
3.      -persaingan ekonomi dunia
4.      -kenaikan harga barangan
5.      -kekurangan tenaga mahir
6.      -masalah perpaduan kaum
7.      -teknologi rendah
8.      -kadar pengangguran tinggi
9.      -masalah kemiskinan
10.  -gejala sosial
11.  -globalisasi
Langkah untuk mengatasi cabaran  tersebut:
1.      -memperkukuh perpaduan rakyat
2.      -meneroka teknologi baru
3.      -meningkatkan R&D
4.      -memastikan Wawasan 2020 tercapai
5.      -Konsep 1 Malaysia
6.      -meneruskan Dasar Ekonomi Baru
7.      -meningkatkan mutu pendidikan
8.      -memperkukuh peranan negara sebagai hub halal
9.      -meneroka pasaran baru
10.  -membentuk  minda rakyat kelas pertama
11.  -menjadi pusat kecemerlangan ilmu
12.  (mana-mana jawapan yg munasabah)


Nilai murni / Iktibar/ Unsur Patriotisme

1.      -berdikari
2.      -memanfaatkan kurnian tuhan
3.      -tidak putus asa
4.      -rajin berusaha
5.      -mengekalkan tradisi
6.      -berani menghadapi cabaran
7.      -semangat meneroka
8.      -bercita-cita tinggi / berwawasan
9.      -bersifat inovatif  dan reaktif
10.  -memiliki sikap bertoleransi
11.  -sikap sedia menerima perubahan
12.  -kepentingan memelihara perpaduan
13.  -kepentingan ilmu pengetahuan
14.  -mengekalkan keamanan
15.  -bersifat kreatif
16.  (mana-mana jawapan yg munasabah)

Iktibar kepada diri, bangsa dan negara (I)/ Pengetahuan yg diperoleh (P)/ Harapan untuk masa depan negara (H)

1.      masyarakat Melayu merupakan ahli pelayaran yg hebat(P)
2.      -Bangsa Melayu harus berani meneroka bidang berkaitan perdagangan  
3.      dan Kelautan (I)
4.      -Malaysia mampu melahirkan ahli-ahli pelayaran yg hebat  (H)
5.      -Kelahiran kerajaan awal adalah disebabkan oleh faktor perdagangan (P)
6.      -Telah wujud persahabatan antara kerajaan awal dengan kuasa luar (P)
7.      -Kepelbagaian budaya telah terbentuk di negara kita dari dahulu hingga 
8.      sekarang (P)
9.      (mana-mana jawapan yg munasabah diterima)

Monday, April 29, 2013

masalah? Allah ada

hyep! doo bee doo bee doo :D ngee aishoo manyak rindu maa sama kalian.. ngee tapi kan rindu pun tak guna kan ini blog ini entri tarak olang mau telejah xD 
hehehehe btw i'm quiet busy as i am pretend as Prime Minister muahahaa.. apa punya bi daa :3 bajet aku kisah lah tuu :3 saya memang ada masalah bila mengetaip ayat bm saya di  Yakini 101% :3 
percaya? suka hati kauorang lah :3 ?
hmmm ekceli *gelis!* aku tak tau apa ada dalam kepala otak dia ? jerr ingat aku apa robot tak dak feeling kah? ayoyo cenggini arr kawan kan kan :3 blurr~~ -.- 
terkadang terbit jugak kerinduan pada diri anda yang lama 
tetapi ibanya hati siapa yg tahu. 
terluka terhiris kalah sembilu woooi ! -.-'
apa citer kat depa apa yg berlaku depa cakap ignored jer semua this thing is stupid and useless -.- :3
if i can flash back i hope we are never ever close jyeah.. :D 
thats might be good for me and you right?

ohh yaa lupakan masalah remeh yg tk perlu amek tau nieh and tumpukan pada PRU13 .. 
ermm :3 

terkadang sedih terkadang lucu melihat telatah dan permainan manusia seolah-olah mereka ialah boneka diri sendiri. 
terkadang pilu melihat para ulama' terus dihina :/
Allah .. andai ini ujian Mu untuk Kami . kami redha ya Allah.. 
ya Allah kukuhkanlah Iman dalam diri-diri kami. sinarilah hati kami dengan Nur Mu. 

semoga yang berlaku benar akan berjaya . bimbing kami dari terus berada dalam kesesatan. 

p.s : ABU :3 btw kita ni orang Islam. stop salahkan mana-2 pihak . cuba perbaiki apa yg kurang jangan syik main tunding jari ja 

enjoy this photo.:D
this is what we called Respect 
:) 


Wednesday, April 10, 2013

aku okey

Assalamualaikum. :’)Air hujan terus menitis titis demi titis . selarasa dengan hatiku sangat ini. Walau di wajah ini tiada air mata yang mengalir tetapi dalam hatiku terserlah kewalangan hati ku ini. Lah Tah zan. ! ya itulah sepotong ayat yang ringkasa namun membawa seribu satu makna buat diriku yang sedang dirundung pilu ini. Andai punya salah ampunkanlah aku andai tersalah bicara maafkan aku. Aku juga manusia. Tidak sempurna ! result up1 dah masuk dalam saps . pada awalnya aku tak mahu bukak pun tapi lepas check yg kawan-kawan punya aku jadi gementar takut :< result depa gempak-gempak belaka. And what did I get ? I have made my parent disappointed with me. At the time , I’ll keep thinking. Why ? oh why ? why did I get the excellent result for the PMR 2012 ??!  kekadang terfikir kan ker bagus kalau aku hanya dapat 7A ka 6A ka.. tak der lah aku rasa macam sekarang ni. this year memang semangat aku down gila sampai satu tahap aku rasa macam nak skip ja zaman penuh kegelapan aka sekolah ni. Aku dah x excited macam dulu. Form 4 ? yeah it is to HARD for me to face this useless thing. Dear mom and dad , I am you daughter . sister of six siblings. ! I am sorry . I’ve make you upset with me. I’m bad and I know it but I wanna either change today or tomorrow .

Ya Allah takutnya nak tunjuk report kad ni kat ayah ngan umi. Saya lebih takutkan ayah :'( even I’m quite close to him but I’m to afraid. I know he NEVER show me that he is upset with me. But I think I can feel it. Arr -.- my heart yelling at me . -.- PAST IS PAST hmm.. yes I know and always know. And your past will create your future ek ? ahahks don’t know lah I’m joking dude -.-Hmm I’m feel fever right now :( rasa x nak gi itu sekolah esok hari :< adakah itu cikgu fizik mau masuk ini kelas -.- see aku dah sengal saiko sakai habes dah ni dah la malaih ni :< Assalamualaikum bye! 

Bertali arus dugaan tiba Menakung sebak airmata Namun tak pernah pun setitis Gugur berderai di pipi Tidak ditempah hidup sengsara Suratan nasib yang melanda Menongkah badai bergelora Diredah bersendirian Bagaikan camar pulang senja Patah sayapnya tetap terbang jua Sekadar secicip rezeki Buat yang sedang rindu menanti Segenggam tabah dipertahankan Buat bekalan di perjalanan Kau bebat luka yang berdarah Kau balut hati yang calar Telah tertulis suratan nasibmu Derita buatmu ada hikmahnya Terlukis senyum di bibir lesu Tak siapa tahu hatimu Biarpun keruh air di hulu Mungkinkah jernih di muara Biarpun jenuh hidup dipalu Pasti bertemu tenangnya

Saturday, April 6, 2013

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH

Bulan Januari
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi. 
 Bulan Februari
Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi 
 Bulan Mac
Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.  
 Bulan April
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu 
 Bulan Mei
Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros 
 Bulan Jun
Berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.  
 Bulan Julai
Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja
 Bulan Ogos
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan  
 Bulan September
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik  
 Bulan Oktober  
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat 
 Bulan November
Banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah. 
 Bulan Disember
Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.