Thursday, December 15, 2011

jom tukar shoubox!

argh!!! what happen rigth now apa hal lak shoutmix nak kenakan bayaran.! ish mentang2 la sekarang dh ramai ber blogger, nak kena ni!!! 
We will no longer be offering free service. All free shoutboxes will automatically expire on January 1, 2012. Upgrade your shoutbox now to continue the service. Please check the announcement here: shoutmix.com/v3/openletter.php.

Upgrade my shoutbox

haih jiwa yg kacau kena tukar lgi la nmpknya.. hmm.. 
aku un dh create acconut bru tpi kali ni CBOX hmm.. mcm mna nak create kn okey jom aku ajar kan k.! [maaf dh biasa pkai aku!] 
first korang click CBOX 
then, click sing up 



and last create my Cbox  

 okey walau pun cbox ni x cool mcm shourtbox tpi apa kita boley bt kn.. kalau nak yg free gini jer la.. len la kalau korang kaya kan.. 

eh korang tahu tak macam mna nak letak smiley yg cute dlm CBOX ni.. kalau x thu mari izzah ajarkan k 
SIGN IN -->OPTION-->SMILES
So dapat x? 
cbox ni lebih kurang ja dgn shout box ni kn.. gud luck k. 
p/s : jgn lupa copy Url k.! n save !

Tuesday, December 13, 2011

hikmah memaafkan

Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!
Ya, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.. Ia sangat mencabar..
Tetapi, jika kita ingin berjaya, kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara-perkara negatif yang membelengu diri kita.. buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita.
Dengan itu, diri kita akan sentiasa positif tanpa unsur-unsur negatif yang membelengu.
Mari kita sahut cabaran ini!!! MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF!!! MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN..
“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake-
Kata-kata ini seringkali kita dengar. Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari memaafkan seorang kawan? Hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak kawan-kawan?
Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.
Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!
Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.
Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.
Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.
Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.
Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?
Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]
Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?
Ya, memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain. Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil. Tapi, janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.
Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam.
Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bahawa Allah berfirman maksudnya :
“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”
“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”
“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.”
Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.
Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.
Selain itu, sikap berdendam juga (yang memutuskan silaturahim) tidak baik hal ini kerana Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Apabila sesuatu itu diharamkan Allah SWT, itu bermakna sesuatu itu haram.
Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. [2:27]
Rasulullah SAW juga menuntut kita bermaaf-maafan.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].
“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” [Hadis Riwayat Muslim]
dan pelbagai lagi hadis yang menunjukkan sikap berdendam dan memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam Islam.
Kesimpulannya, jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar, bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?
Ya, mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut. Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah.

P/S PDH : Ku berikan hati ku pada DUNIA… Dunia menipu, mempersenda, meletakkan aku dilembah kehinaan
Ku berikan hatiku pada MANUSIA… Manusia memperguna, menghancur lumatkan dan menfitnahku..
Ku berikan hatiku pada ALLAH… … Hatiku dibelai, disayangi, dilindungi … Lembut, syahdu & mengasyikkan.. SubhanAllah,ku CINTA Allah!


Monday, December 12, 2011

kem remaja islam terbaek!









mulakan setiap pekara yang kita lakukan dgn niat.. niat itu "kerana Allah SWT" 
alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana msih memberi saya peluang untuk hidup di dunia yg bersifat sementara ini.. . 
okey begini al kisahnya.. kawan-kawan tahu kan saya telah menyertai Kem Eksplorasi Remaja Islam (KERIS) 
Fuh mmg best rr kem ni.. ada pelbagai aktiviti yg dpt kita sebagai remaja menyertainya setiap aktiviti yg dilakukan ada tujuan dan matlamatnya.. insya-Allah..  tujuan utama Kem seumpama ini diadakan adalah untuk mengajar kita menghayati sirah-sirah Rasulullah s.a.w .. Ya Rabb begitu indah alam ciptaanmu ini.. alhamdulilah ! begitu hebat kuasaMu Ya Rabb aku dapat melihat sendiri Gerhana Bulan yang berlaku kira2 pukul 9.00 begitu.. kami juga berpeluang melihatnya semasa mengada kan 
EKSPOLARASI KEINDAHAN MALAM 
mmg sungguh indah sekali malam itu walau pada tika itu jantung ku berdegup kencang kerana tiba-tiba muncul  perasaan takut gelabah.. tpi cuba juga aku tenangkan diri yg tgh separuh kalut ni.. hehehe.. mula2 mmg rasa marah sikit kan almaklum lah remaja mudah melenting tpi melenting dlm hti jer la,, bila ustz suruh berjalan tgh2 malam dlm pukul 11 gitu keliling hutan fuhh~! terbaek.. best wook, siap jalan pegang tangan g.. hahahx ehh lupa lak b4 tu msa ptg kitaorg main apa tau dak? WATER CONFIDENT[WC]! wow! bunyi un mcm best ja .. fuh mmg best.. telingaku penuh air la time tu.. mula2 tu kmi takut tenggelam pastu kmi cuba bertenang bertenang n then berjaya smpai ke fesi.. hheex.. blik ja kt khemah kena mrh l;gi koz sembahyang asar lmbt pukul 6ptg ish!! mmg la truk koz dh lmbt tpi nk bt mcm mna kn.. patutnya ustz xboleh la persalahkan perempuan semata-mata,. msa ustz bgi kebenaran bdx laki bley main WC tu 2 kali ustz x tengok jam ek? last2 kami yg kna lmbt for me it is very disspointed! im soory! then kitaorg kena berjalan dlm gelap seorang diri fuhh mmg terbaek lgi.. gila cool aku ni jalan ckit punya laju hehex.. mna taknya kami x kna kacau ngan Hantu hantu Palsu mana mana un hahax.. so jalan un rasa sng ja kan.. hehex.. tpi ada gak yg jerit hehe lumrah rr tu kn .. esoknya kena bt Qiamullail bangun awal tidur lmbt.. then siap2 masak segala bagai kemas2 packing periuk keriuk bagai bwk p panjat bukit lak huhuhu.. tak pa tak pa kena kuat hehex,, panajt panjat panjat then smpai satu kawasan air terjun ni.. subbahanallah begitu indah menusuk kalbu 
kitaorg solat dhuha solat zohor dlm hutan tu la Atas Tanah[asalusulkitadulu].. pastu lps sola makan segala bagai fesi kasi kmi mandi manda kt citu apa lagi girls say what HORRAY! hahax.. eh dgr kta bdx laki jeles ek kmi kt atas korang bawah bagai ja hahahx sesuai la ngan hmpakan kt bwh tu tpi fesi kmi baik sgt bgi jugk korang g naik ats kmi turun ke bwah lak.. xper la turun jer la.. dh hbs kms brg bertolak nk blk kem blek dh.. benda yg paling menarik semasa p eksplorasi alam ni ialah PACAT+LINTAH hehehe rasa-rasanya pelajar lelaki lebih byk yg terkena pacat bagai ni kut haahx.. kasihan kalian.. malam tu plk kami ada malam kesenian..! argh! sedihnya masih terasa yer la kak saadiah dh blk USM huhu.. 1 group kami lakonkan watak manusia hari ni yg mudah sgt mempercayai bomoh pawang dn bagai-bagai.. n u know what group kami dpt no 2 wah menarik gk tu hehex. tpi xbest la aku xdpt tgk hadiah tu koz pulang awal,. anyways enjoy this photo k 

telur pertama di Kem heheehx.. [sengaltulkauniizz]

makanan malam group 1 [Mujahidah Ghurob'a]

cantik ka sapa suka klik like 

indahnya subbahanallah

the most k!nd n +++ cute fasilator.. USM mari heehex
my sweet little group members. 


and the last one Kak Mira++ Rayyan comey.. alaa cutenyer

hehehex itulah serba sedikit ttg kmi.. maafkan kami ..