Tolong beritahu si dia, aku ada pesan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya
alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia
menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia
mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia
mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ
ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di
telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya
bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan
harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta
manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam
angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya besar kepada
keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita
belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati
kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab
bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar
kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca
kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya
dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam
impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam
kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci
yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak
ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi
dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu
memberitahunya sendiri..
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu
siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang
Maha Kuasa memasuki taman
larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu
hari nanti…
yaAllah,jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku
dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan
mudahkan dia bagiku…seta berkatilah bagiku didalamnya…tetapi jika engkau
ketahui bahawa perkara ini buruk bgku dalam agamaku dan penghidupanku serta
akibat urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku
daripadanya,dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya,lalu jadikan
aku meredhainya…amin~,