Thursday, February 16, 2012

Ustazah pilihan&Solehah ?? boleh ka?

saya rasa agak terlalu lewat untuk saya katakan walaupun perkara ini dah lama berlalu . 
saya sama sekali tidak bersetuju dengan Rancangan realiti Ustazah Pilihan 
mahupun Solehah anjurang TV Al-hijrah

saya mahu kongsi satu entry dari pemilik blog ini  
Pertama sekali, suka saya menyebutkan hadith ini dari kata-kata Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Aku pernah berdiri di hadapan pintu neraka, ternyata aku melihat sebahagian besar penghuninya adalah wanita.

"Aku pernah menjenguk ke neraka dan melihat sebahagian besar penghuninya adalah kaum wanita."
( Kedua-dua adalah Hadith Sahih Bukhari dalam bab al-Nikah )


Pengertian Tabarruj. Sorotan Kitab.

Menurut Adnan al-Tharsyah (Serba-Serbi Wanita, h. 111-113) , tabarruj adalah mempamerkan
keindahan tubuh, sufur adalah memperlihatkan aurat, khalwat adalah berdua-duaan dengan
lelaki bukan mahram, ikhtilat pula bercampur-gaul dengan lelaki di pelbagai kegiatan.

Sayyid Muhammad Nuh (Penyebab Gagalnya Dakwah vol.1, h.69-70), antara penyebab wanita
gagal dalam menjalankan kerja-kerja dakwah adalah kerana wanita melakukan tabarruj yakni
membuka aurat.

Shofian Ahmad (Aurat:Kod Pemakaian Islam, h.103), pakaian yang dipakai oleh wanita
disyaratkan tidak melebihi objektif perhiasan, tetapi lebih mengutamakan objektif
syariat iaitu menjaga aurat. Hal ini disebabkan pakaian pada prinsipnya untuk menutup
anggota badan supaya pandangan orang tidak tertumpu kepadanya. Justeru, apabila pakaian
perhiasan adalah secara keterlaluan dengan pelbagai aksesori perhiasan sehingga menarik
perhatian orang, maka hilanglah fungsi sebenar pakaian. Apabila objektif pakaian itu
ialah berhias, maka hukum memakainya ketika keluar rumah adalah ditegah. Bahkan, menurut
al-Maududi, setiap perhiasan dan setiap yang diperhiaskan oleh wanita dengan tujuan
menarik perhatian orang asing, maka ia dikatakan "tabarruj al-jahiliah". Sedangkan motif
pakaian dalam Islam lebih kepada penutupan aurat bukan sebagai perhiasan.

Yusof al-Qaradawi (Fatwa-Fatwa Kontemporari II, h.465), menyenaraikan beberapa
peringatan dalam etika berhias bagi wanita, antaranya; bahawasanya dibolehkan membuka
wajah (menampakkan rupa paras) tidak dimaksudkan agar si wanita menghiasnya dengan
bermacam-macam bedak dan perfume yang berwarna-warni. Begitu juga dengan tangan yang
dibenar diperlihatkan tidak dimaksudkan agar mereka memanjangkan kukunya dan
mengecatnya. Tetapi hendaklah wanita itu keluar dengan sopa, tidak bersolek dan
bermake-up berwarna warni, dan tidak tabarruj yakni menampakkan aurat, berpakaian mini,
tipis atau yang membentuk lekuk tubuh. Yang diperbolehkan adalah perhiasan yang ringan-
ringan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan yang lainnya iaitu celak di
mata dan cincin di jari. Tabarruj yang dilarang menurut al-Qaradawi hanya dinamakan
tabarruj apabila wanita itu melangkah keluar dari rumah. (Ibid, h.543).

Dalam pergerakan seseorang wanita, janganlah terlalu berlenggang-lenggok dan menarik perhatian;
"(Iaitu) wanita-wanita yang menyimpang dari ketaatan dan menjadikan hati lelaki cenderung kepada kerosakan (kemaksiatan)." ( HR Ahmad dan Muslim ) Huraian hadith: Mumiilat dan Maailat mengandungi 4 pengertian. Pertama, menyimpang dari mentaati Allah dan enggan memenuhi kewajipan2nya seperi menjaga kehormatan dan sebagainya, dan mengajari wanita lain supaya berbuat seperti itu. Kedua, berjalan dengan sombong dan melenggang-lenggok, meliuk lintuk tubuhnya. Ketiga, maailat, menyisir rambutnya sedemikian rupa dengan gaya pelacur. Mumiilat, menyisir wanita lain seperti sisirannya. Keempat, cenderung kepada lelaki dan berusaha menariknya dengan menampakkan perhiasannya dan sebagainya. ( Syarah Muslim, 17:191 )

Dr.Yusof al-Qaradawi (Fatwa Kontemporari vol II.terj, h.393), mengatakan: "Pihak wanita harus mengenakan pakaian yang sopan yang dituntut oleh syara', yang menutup seluruh tubuh selain muka dan telapak tangan. Jangan yang tipis dan jangan dengan potongan yang menampakkan bentuk tubuh: Allah berfirman dalam Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Diriwayatkan dari beberapa sahabat bahawa perhiasan yang boleh diperlihatkan adalah muka dan tangan. Allah berfirman mengenai SEBAB diperintahkanNya berlaku sopan:
"..Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.." ( Surah al-Ahzab ayat 59 )

M.A. Muabbir Al-Qathany (Pesan Untuk Muslimah, h.32), pemikir Barat kini telah mulai
mengingatkan bangsanya dengan apa yang pernah terjadi dengan bangsa Romawi akibat
tabarruj dan ikhtilat para wanita. Tabarruj, menampakkan auratnya di depan orang yang
bukan mahramnya. Di dalam Majalatut Majallat, jil.11, Mr Lois Browl
menyebutkan:
"Sesungguhnya kerosakan-kerosakan dalam dasar-dasar politik itu terdapat di
setiap zaman. Yang paling mengejutkan adalah bahawasanya penyebab-penyebab kerosakan itu
adalah sama, dari zaman dulu sampai sekarang, iaitu wanita! Wanitalah sebagai pelaku
terpenting merubah akhlak dan moral yang mulia."

Anang Harris Himawan (Bukan Salah Tuhan Mengazab, 2007, h.8-10), tabarruj adalah berhias
dengan tujuan bukan untuk menyenangkan si suami, tetapi untuk orang lain. Bahkan
kebiasaan yang terjadi di kalangan wanita adalah berhias yang mereka lakukan cenderung
berlebihan sehingga menjadi riya'. Sikap berlebih-lebihan dalam berhias inilah yang
menurut mereka dapat menjadi penyebab ransangan seksual. Adapun dasar yang digunakan
adalah firman Allah dari Surah al-Ahzab ayat 33.

Sa'id bin Ali bin Wahf Al-Qahthani (Ensiklopedia Solat: Menurut al-Quran dan al-Sunnah
vol.II, 2006, h.550 ) menyebutkan tabarruj sebagai bersolek (berlebihan). Dibawakan
dalil dari Surah al-Ahzab ayat 33 berserta dalil hadith, dari Abu Hurairah, Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:
"Ada dua kelompok penghuni Neraka yang belum pernah aku melihatnya; satu kaum yang
bersama mereka terdapat cemeti seperti ekor sapi, dengannya mereka memukul orang-orang.
Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang; berlenggang-lenggok dan bergoyang-
goyang; kepala mereka seperti punuk unta yang bengkok. Mereka tidak akan masuk Syurga
dan tidak juga mencium baunya. Sesungguhnya bau Syurga itu sudah tercium dari jalak
perjalanan sekian lama dan sekian lama." Dalam lafaz yang lain disebut, "Sesungguhnya
bau Syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan begini dan begitu."
(Disusun dariSyarh al-Nawawi XIV/357, Muslim Kitab "al-Libaas wa al-Ziinah.", bab al-Nisa' al-
Kaasiyaat, no.2128. dan Kitab al-Jannah wa al-Naar, bab 'al-Naar Yadkhuluhal
Jabbaaruun', no.2128.)

Dr.Danial Zainal Abidin (Minda Muslim Super, 2008, h.54-55) mengulas mengenai tafsir
Surah al-Ahzab ayat 33; berhubung ayat ini, Imam Mujahid berkata,
"Suatu masa dahulu,golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu).
Inilah yang dimaksudkansebagai tabarrujul jahiliah."
Imam Qatadah pula berkata,
"Suatu masa dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarrujul jahiliah yang terdahulu."
Imam Muqatil bin Hayyan pula berkata,
"Tabarruj berlaku apabila wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih
mendedahkan leher, rantai dan subang mereka."
Rujuklah Surah al-Nuur ayat 30 yakni seruan supaya kaum lelaki dan kaum beriman menundukkan pandangan mereka, jaga kehormatandan kemaluan mereka.

Syaikh Abdul Wahab Abdussalam Thawilah (Panduan Berbusana Islami,2007, h.85-86),
mengatakan tabarruj adalah memperlihatkan bahagian perhiasan yang mengundang perhatian.
Hal ini dilarang baik bagi wanita menopause mahupun yang lainnya. Abu Hayyan ada
mengatakan,
"Pengertian tabarruj adalah memperlihatkan sesuatu yang wajib disembunyikan
sekalipun tidak bermaksud untuk bersolek."
Kemudian, Syeikh menyentuh pentafsiran Surah al-Nuur ayat 31 (di h.76-77), "kecuali yang biasa tampak darinya" adalah pakaian luar yang tidak memuat unsur tabarruj yakni memperlihatkan perhiasan dan keindahan seperti
mantel yang dikenakan di luar pakaian. Hal ini kerana pengertian ziinah (perhiasan) yang
berulang kali disebutkan dalam al-Quran adalah perhiasan yang melampaui batas kewajaran,
bukan perhiasan sebagai bahagia dari pakaian yang lazim.

Fadwal El Guindi, Ph.D (Jilbab, 1999, h.33 dan berkaitan) menyebutkan konsep tabarruj
adalah sifat mempamerkan diri dalam tingkah laku dan cara berpakaian yang sering terjadi
dalam masyarakat pra-Islam, serta termasuk dalam perbuatan yang dibenci dalam Islam.
Sifat mempamer ini dilakukan melalui gaya berjalan berlenggang-lenggok yang mudah
terjadi pada pakaian ketat. Beliau juga menyebutkan (h.319), tabarruj adalah lawan
kepada tahajjub (berhijab tutup aurat), yakni penampilan mempamer dan perilaku yang
tidak patut.

M.Nashiruddin al-Albani (Ringkasan Shahih Bukhari 3 terj.,2008, h.301) Pada hadis yang
ke 1950, ada dibincangkan mengenai Surah al-Ahzaab ayat ke 28. Di bawah sub surah
tersebut; Mu'ammar berkata, "Al-Tabarruj:menampakkan keindahan tubuhnya. Sunnata-
llaahi;istannahaa:menjadikannya." Abu Ubaidah menambahkan, "Sunahnya."

Dalam buku "Doa Anak Kecil" (h.60), disertakan pandangan Syeikh Nasiruddin al-Albani
melalui kitabnya 'Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah' yang menyebutkan 8 syarat jilbab syarie.
Dalam 8 syarat tersebut (yang ada kaitan dengan tabarruj), syarat keempat adalah kainnya
longgar tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh. Manakala syarat ke-8, bukan pakaian
untuk mencari populariti. "Barangsiapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di
dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat,
kemudian membakarnya dengan api neraka." (HR Abu Dawud dan Ibnu Majah).

M.Fauzi Rachman (The Hikmah 4U, h.58);Syeikh Sayyid Sabiq mendefinisikan tabarruj
ertinya memperlihatkan dengan sengaja apa yang seharusnya disembunyikan. Tabarruj asal
maknanya ialah keluar dari istana. Kemudia kata ini digunakan dengan erti keluarnya
perempuan dari kesopanan, menampakkan bahagian-bahagian tubuhnya yang mengakibatkan
fitnah atau dengan sengaja memperlihatkan perhiasan-perhiasan yang dipakainya untuk
umum.

M. Nasib ar-Rifa'i (Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir Jilid 3, 2000, h.853) menukilkan dari
Tafsir Ibnu Kathir, firman Allah dari Surah al-Ahzab ayat 33, maksudnya apabila mereka
keluar rumah, mereka harus berjalan cepat, tidak boleh lincah, genit gedik, dan
tabarruj, iaitu menanggalkan tudung yang ada di kepalanya serta tidak mengikatnya dengan
kuat sehingga nampaklah kalungnya, leher dan tengkuknya. Inilah makna tabarruj.


****

Menjawab persoalan pakaian yang berwarna merah samada tabarruj atau tidak:-

Pengaju soalan: (KMUP,2011):"al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (463):
“Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna
mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah” (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah)."

Jawapan (bersumber dari Ustaz Aris Munandar muslim.or.id):

Dari Abdullah bin ‘Amr bin al ‘Ash, Rasulullah pernah melihatku mengenakan pakaian yang
dicelup dengan ‘ushfur maka Nabi menegurku dengan mengatakan, “Ini adalah pakaian
orang-orang kafir jangan dikenakan”. Dalam lafaz yang lain, Nabi melihatku mengenakan
kain yang dicelup dengan ‘usfur maka Nabi bersabda, “Apakah ibumu memerintahkanmu
memakai ini?” Aku berkata, “Apakah ku cuci saja?” Nabi pun bersabda, “Bahkan bakar saja.” (HR Muslim)

Ibnu Hajar menjelaskan majoriti kain yang dicelup dengan ‘ushfur itu berwarna merah
(Fathul Bari, 10/318)

Imam Nawawi pula menisbahkan "bahkan bakar saja" itu adalah sebagai bentuk hukuman dan
pelarangan keras terhadap pelaku dan yang lainnya agar tidak melakukan hal yang sama.

Tetapi, hadith dari al Barra’ adalah sebaliknya, beliau mengatakan, “Nabi adalah seorang
yang berbadan tegap. Ketika Nabi mengenakan pakaian berwarna merah maka aku tidak pernah
melihat seorang yang lebih tampan dibandingkan beliau”.(HR Bukhari dan Muslim).

Mengapa ada perselisihan di sini? Jawapannya adalah ditegaskan bahawa yang terlarang
adalah kain yang berwarna merah tanpa corak tanpa campuran warna selainnya. Sehingga
jika kain berwarna merah tersebut bercampur dengan garis-garis yang tidak berwarna merah
maka diperbolehkan.

Ibnu  al-Qayyim mengatakan, “Ada ulama yang mengenakan kain berwarna merah tanpa corak
dengan anggapan bahawa itu mengikuti sunnah padahal itu sebuah kekeliruan kerana kain
merah yang Nabi kenakan itu tenunan Yaman sedangkan tenunan Yaman itu tidak berwarna
merah tanpa corak.” (Fathul Bari, 10/319) Ibnu al-Qayyim juga memberikan petunjuk
bahawasanya larangan mengenakan kain berwarna merah tanpa corak itu keras lalu bagaimana
mungkin beliau mengenakannya dengan maksud menjelaskan bahawa itu adalah suatu yang
dibolehkan.

Syaikh Salim Al Hilali memberikan uraian sebagaimana berikut. “Tentang memakai pakaian
berwarna merah terdapat beberapa pendapat ulama’:-

1. Membolehkan secara mutlak. Inilah pendapat dari ‘Ali, Tholhah, Abdullah bin Ja’far,
Al Barra’ dan para sahabat yang lain. Sedangkan di antara tabiin adalah Sa’id bin Al
Musayyib, An Nakha’I, Asy sya’bi, Abul Qilabah dan Abu Wa’il.

2. Melarang secara mutlak.

3. Hukum makruh berlaku untuk kain berwarna merah membara dan tidak untuk warna merah
yang redup. Pendapat ini dinukil dari Atho’, Thowus dan Mujahid.

4. Hukum makruh berlaku untuk semua kain berwarna merah jika dipakai dengan maksud
semata berhias atau mencari populariti namun diperbolehkan jika dipakai di rumah dan
untuk pakaian kerja. Pendapat ini dinukil dari Ibnu Abbas.

5. Diperbolehkan jika dicelup dengan warna merah semasa berupa kain baru kemudian
ditenun dan terlarang jika dicelup setelah berupa tenunan. Inilah pendapat yang
dicenderungi oleh Al Khathabi.

6. Larangan hanya berlaku untuk kain yang dicelup dengan menggunakan bahan ‘ushfur
kerana itulah yang dilarang dalam hadith sedangkan bahan pencelup selainnya tidaklah
terlarang.

7. Yang terlarang adalah warna merah membara bukan semua warna merah dan pakaian
tersebut digunakan sebagai pakaian luar kerana demikian itu adalah gaya berpakaian orang
yang tidak tahu malu.

8. Sedangkan pendapat terakhir, yang terlarang adalah jika kain tersebut seluruhnya
dicelup dengan warna merah. Tapi jika ada warna selainnya, seperti putih dan merah maka
tidak mengapa.

Syaikh Salim al Hilali menukilkan, “Pendapat yang paling layak untuk diterima adalah
pendapat terakhir. Sedangkan pendapat-pendapat yang lain itu kurang tepat. Pendapat
pertama bboleh dibantah dengan penjelasan bahawa kain berwarna merah yang dimaksudkan
itu tidak bercorak. Pendapat kedua juga keliru kerana jelas Nabi memakai kain berwarna
merah. Sedangkan pendapat ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh adalah pendapat-
pendapat yang memberikan rincian tanpa dalil dan menghukumi dalil tanpa dalil.”
(Bahjatun Nazhirin, 2/81-82)

***

Dari Abu Usamah (alfikrah.net) dari kitab (Shaikh Abu Malik Kamal bin as-Sayyid
Salim,Shahih Fiqh as-Sunnah, terj: Shahih Fiqih Sunnah, jilid 4, m/s 19-21, terbitan
Pustaka at-Tazkia.):

Ulama terbahagi kepada dua kumpulan di dalam hal ini iaitu:

1) Makruh memakai pakaian berwarna merah. Ini merupakan mazhab Hanafiah dan Hanabilah.

Hujah mereka ialah:

Hadith al-Bara' bin Azib, beliau berkata:"Nabi SAW memerintahkan kami 7 perkara dan
melarang kami 7 perkara- kemudian beliau menyebutkan antara di antaranya bantal berwarna
merah (Shahih, al-Bukhari:5849, dan Muslim:2066).

Dalam riwayat lain, hadith Imran Bin Husain ra "Beliau melarang memakai bantal yang
berwarna merah terang. (HR at-Tirmizi:2788, beliau menyatakan hadith ini Hasan Shahih,
Shaikh al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Shahih al-Jami as-Soghir:6907),pengarang menyatakan hadith ini Dhaif.

argumen:

Pengarang kitab ini membantah penggunaan hadith ini sebagai dalil kerana menurut beliau
hadith ini membicarakan tentang bantal berwarna merah, bukannya pakaian.

2) Boleh memakai pakaian warna merah. Ini ialah mazhab Malikiah dan Syafiiyyah. Hujah
mereka ialah:

Hadith al-Bara bin Azib ra, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: " Nabi adalah orang
yang berdada bidang, beliau mempunyai rambut yang mencecah kedua telingaaku pernah
melihat baginda saw memakai pakaian yang berwarna merah. Aku belum pernah melihat
sesuatu yang lebih indah daripada itu (Shahih, al-Bukhari:5848)

Dari Jabir bin Samurah ra, beliau berkata "Aku melihat Nabi saw pada malam idhiyan
(malam yang bulan terang benderang), lalu aku memerhatikan Nabi saw dan bulan, sedangkan
saat itu baginda saw memakai pakaian berwarna merah. Ternyata bagiku baginda saw lebih
indah daripada bulan (at-Tirmizi:2811, an-Nasai dalam al-Kubra:9460, Abu Ya'la (7477),
al-Hakim:IV/207) Pengarang mengatakan hadith ini dhoif tetapi diperkuatkan oleh hadith
sebelumnya.

argumen:

Kumpulan ulama no 1 (Hanabilah dan Hanafiah) membalas dengan menyatakan bahawa pakaian
yang Rasulullah saw pakai bukanlah warna merah sepenuhnya, bahkan bercampur dengan
warna-warna yang lain.

Kesimpulan pengarang:

1) Hujah kumpulan ulama yang memakruhkan tidak kuat
2) Zahir nas menunjukkan tidak mengapa jika memakai pakaian berwarna merah.
3) Meninggalkan pakaian yang sepenuhnya berwarna merah yang tidak ada warna yang lain
adalah lebih utama dan selamat kerana keluar daripada perselisihan adalah digalakkan -
khuruj min al-khilaf mustahhab-. 

***
Kesimpulan, setelah anda memahami segala definisi melalui sorotan kitab2 di atas, memakai warna apa pun dan mempamerkan di khalayak untuk populariti adalah makruh dan tidak digalakkan. Mempamer2, memperagakan dan mempertontonkan kepada khalayak pula termasuk dalam tabarruj. Melalui ulasan akhir hadith (no.3) adalah lebih selamat tidak memakai pakaian warna merah yang tidak ada warna yang lain adalah lebih utama dan selamat.

***
Nota tambahan:

Jwpn spontan Ustaz Azhar Idrus:


Komentar penulis: Sebagai menyokong kenyataan Ustaz Azhar ini, melindungi wanita Islam sebenarnya kembali kepada asas awal adanya Syariah Islam. Menurut Dr. Muhammad Imarah, ada lima prinsip umum yang dirumuskan oleh para ulama klasik mengenai tujuan-tujuan syari'ah dan menurut Syaikh Thahir bin Asyur ada enam setelah menambah dengan satu prinsip lagi yaitu:memelihara agama, akal, jiwa, kehormatan, harta, dan kebebasan (hurriyyah). Dr. Md.Imarah menambah, syari'at telah menghimpun kenyataan ini sebagai menjadikan asas memelihara jiwa, agama, akal, kehormatan dan harta dalam rumusan yang menjamin hak-hak asasi manusia secara lengkap. Sebab, kelima asas ini adalah kewajiban ilahiah dankewajipan agama (taklif) bukan sekadar hak-hak yang dapat diabaikan meskipun atas dasar kehendak dan kemahuan sendiri, bahkan hak-hak asasi manusia ini (menurut peradaban Barat) merupakan kewajipan kelompok dan kewajiban sosial, sementara dalam pandangan Islam ini merupakan kewajipan individual (fardhu 'ain) yang apabila tidak dilakukan, maka individu yang bersangkutan berdosa. (Muhammad Imarah, Perang terminologi Islam versus Barat, 1998, h.24 & 79). Justeru, melindungi Muslimat adalah tanggungjawab setiap Muslim secara kritikal. Dari apa sahaja dakyah dan ancaman serta diesksploitasi dan didiskriminasi oleh pihak yg tidak bertanggungjawab.

Jwpn Ustaz Zamri Hashim (Sekretariat MUIS):

Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara’

1.    tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan
2.    tidak nipis
3.    tudung hendaklah melepasi paras dada
4.    tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat
5.    tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah

Tidak ada fatwa mahupun mufti berfatwa mengenainya bukanlah dalil menunjukkan sesuatu perkara itu harus ataupun halal kerana senyapnya mufti tidak menjadi sumber hukum dalam Islam apatah lagi sesuatu perkara itu seperti etika berpakaian bagi wanita muslimah. Isu tabarruj merupakan isu yang sudah mempunyai hukum tersendiri untuk sekian lama dan bukanlah isu baru yang perlu di fatwakan.

Penutup:

Abdul Qadir Ahmad 'Atha ( Syurga di Mata Ahlussunnah, 1995, h.110 ) mengupas dengan
menarik sekali mengenai wanita penghuni syurga. Firman Allah dari Surah al-Baqarah ayat
25 yang bermaksud: "..dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan
mereka kekal di dalamnya." Suci segalanya zahir dan batin dari segala jenis bentuk najis
dan kotoran. Allah berfirman jua dalam surah al-Dukhan ayat 54 yang bermaksud:
"Demikianlah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari." Hurul 'Ein (bidadari) wanita
muda yang cantik paras rupanya. Imam Mujahid mentafsirkan ayat "Qaasiraatu al-Tharfi"
(yang sopan) dengan pendek pandangannya, hanya memandang suaminya, tidak selain dia.
Menurut Imam Hassan, mereka tidak bertabarruj yakni bersolek dan bercantik-cantik untuk
dipandang orang lain dan tidak ingin dilihat orang selain suaminya. Subhanallah!
Malulah wanita yang bakal jadi ketua bidadari di syurga nanti jika bertabarruj di dunia.

Masya-Allah semoga Allah memberi hidayah kepada mereka =) terima kasih kak wyna sbb bagi kogsi ya =)