Friday, June 2, 2017

hi, guys! currently, I was studying the historical of Malaysia educational system. and you see suddenly my song playlist mainkan lagu Ayah by Aeman. damn, i felt dump. when the verse bagaiman hidupku tanpamu ayah. hm. and i said oh ginilah hidup aku tak de ayah. tetiba rindu ayah. sekarang dah bulan puasa. dah dua tahun puasa tanpa ayah. hm. doakan semoga ayah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.

Friday, May 19, 2017

Assalamualaikum guys! :)

jadi, sekarang ni aku tengah dalam mood study-cuti. sepatutnya aku menelaah buku, tapi disebabkan  jarak exam ni jauh sangat, so here i am. 

nak cerita je ni, masa tengah study untuk introduction to school counseling hari selasa tu, aku tetiba rindu ayah. aku tak tahu lah lemah macam mana aku ni, bila cakap pasal ayah je, mesti jatuh air mata.

aku sebenarnya, berat gila rasa didada ni. rasa berat sebab ayah pergi dalam keadaan aku tak sempat nak mintak maaf pun. aku sedar aku banyak buat salah dekat ayah aku, tanpa ayah sedar. terlalu banyak. hari terakhir ayah hidup dekat dunia ni, ayah nak jumpa anak dia ni sebelum ayah fly ke madinah buat umrah, tapi disebabkan sibuk dengan kelas ganti, ayah cakap takpalah kakak pergi kelas, ayah takpa. bodohnya aku ni, aku tak pernah sedar, tak pernah terfikir yang suatu ketika ayah akan pergi selamanya. aku tak tahu dan tak ada siapa pun tahu bila orang yang kita sayang akan pergi. tapi buat kesekian kali aku berharap aku dapat berbakti kepada kedua orang tua aku, tapi perancangan Allah melebihi dari peracangan aku. Dia lebih sayang ayah. 

hm. doakan kami lebih kuat ya. baru baru ni kereta myvi ummi aku kena langgar dari tepi, alhamdulillah passengers selamat, tapi kereta allahuu..  yang langgar tu ustazah. bukan nak bersikap prejudis dekat ustaz ustazah ke apa ekk sebab ummi dengan ayah aku sendiri seorang ustaz ustazah. tapi nilah, belajar tapi tak betul betul amal. aku ni memang lah jahil tapi alhamdulillah aku faham konsep dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, sebab tu kita jangan bersikap kedekut dan berkongsi lah seada yang mampu. bila kita mintak ganti rugi, sebab memang teruk weh kemek dia lagipun memang salah isteri dia, tapi ustaz ni mengelak dengan kata dia banyak hutang. Aku masa dengar ni dari adik aku Allahu urut dada je, sebab dia tak tahu kitaorang pun banyak jugak hutang dengan bank. tapi takderlah nak mengelak apa kalau dah salah. 

Thursday, February 2, 2017

Undergraduate UIAM

Alhamdulillah dah sepuluh hari berlalu sejak last tawe(taaruf week 2017).
well tawe this kinda disappointed and not reached my expectation but nahh again it's not me who handle the programme, carry out the responsibility so I would like to thank all the committee for their works and hardship in handling our batch for the moment.  

sebenarnya, saya kecewa bukan sebab tawe ni sangat pun. lebih kepada kecewa sebab bukan ummi yang datang hantar. saya cuba untuk memahami soal keaadan kewangan yang tidak mengizinkan, soal waktu pekerjaan yang tidak bisa ummi abaikan. Tanpa ayahanda. Tanpa suaminya. saya cuba. saya cuba untuk sedapkan hati. saya cuba untuk kuatkan hati. saya cuba untuk kumpul semangat. tetapi keadaan malah bertambah parah. saya rebah. saya menangis hiba tanpa suara. tanpa ada yang bertanya mengapa? tanpa bonda, tanpa ayahanda. saya lemah. saya buntu. saya keliru. saya tidak tahu apa yang sedang lakukan. saya acapkali menyoal diri. benarkah ini yang kau mahukan? apa kau pasti dengan keputusan yang kau lakukan? 
saya utarakan soalan pada bonda. mengapa saya tidak dapat menerima keputusan ini? walhal saya yang putuskan keputusan ini. mengapa lebih derita dari bahagia? dimana pergi manisnya dalam mengejar ilmu dan mengapa cuma pahit yang saya terima?
saya muhasabah diri. berbicara dengan tuhan dalam setiap sujud mengadap-Nya. dalam setiap hela nafas. dalam setiap bait ayat dalam kitab-Nya. Allah apa ini keputusan yang terbaik buatku..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Allah. Allah. tunjukkan aku jalan yang lurus. pinjamkan kekuatan-Mu untuk aku teruskan perjuangan ini. Ya Rabbi aku rindu. Rindu pada insan bergelar ayah. Pada insan yang jemput dahulu sebelum sempat aku mengucup ubun nya. Pada insan yang pergi mengadapmu sebelum sempat aku memohon ampun, menghalal kan makan minum pakai ku sepanjang dia Kau pinjamkan kepada kami sekeluarga. Aku merindui lambaian Baqi yang belum pernah aku jejaki. Ya Allah ringankanlah azab keatas semua muslimin yang telah pergi mengadapMu. 


Ayah. anak ayah dah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. InshaaAllah ayah ceq akan cuba untuk graduate dalam bachelor of education(majoring in Guidance and Counselling) and minor in IT. ceq masih tak pasti lagi IT tu dapat ka tak, tapi inshaaAllah ada rezeki adalah. ceq teringin nak sambung dalam bidang pendidikan khas tapi UIA tak tawarkan. takpalah inshaaAllah ada rezeki ceq akan sambung belajar lagi. tapi sebelum tu ceq nak kena habiskan degree dan kerja dulu lah. adik adik perlukan bantuan dari kakak depa jugakan ayah. ayah selalu pesan "belajar. jangan fikir kerja. ayah ada ayah tanggung ayah cari duit." tapi ayah ceq mintak maaf terpaksa pertimbangkan janji ceq. ayah dah takdak. kesian ummi kerja sorang ja kan ayah, tambah tolak hutang lagi Allahu. ceq harap ceq dapat jadi cikgu atau kaunselor macam ayah. guru yang anak murid sentiasa kenangkan. guru yang tak lokek dalam apa jua benda. guru yang mampu menahan sabar dan kerenah anak murid. Allahu. ceq sedar ceq ni banyak kurang. tak layak bergelar guru seperti ayah seperti ummi. tapi ceq akan cuba inshaaAllah. tadi dalam kelas lecturer tanya kenapa kamu nak jadi kaunselor? terus terang jawapan ceq merapu sebab ceq tak tahu betul ka ceq nak jadi kaunselor ni? 

sekian dari anak yang merindui ayahandanya.