i know my position.
sungguh tak layak diri ini andai bergandingan denganmu
meski kau jodoh yang lain benarlah aku untuk mengagumi perjuangan mu
aku suka. aku menyesal suka.
aku doakan yang terbaik untuk kau.
aku sedar sungguh tidak layak memikirkan sumbangan kau kepada ummah
sedang aku masih berlena dan leka dengan duniya
aku sedar siapa aku
sungguh bagai langit dengan bumi
cukup aku mengagumi mu cukup aku menyayangimu dalam diam
ku titip doa moga Allah pelihara iman dan diri mu senantiasa
moga Allah izinkan dirimu sentiasa istiqah dengan perjuangan mu
moga Allah hadirkan insan yang solehah buat dirimu
moga Allah pinjamkan kekuatan tak kala kau hampir rebah menanggung ujian
Selamat menjadi Hamba Allah yang mukmin dan Anak dan suami yang Mukmin inshaaAllah
sentiasa beristiqamah ya sahabat perjuanganku meski aku tak kau kenali.
mengenali kamu, mengetahui tentang kau, bercerita tentang kamu.
kau yang pertama di bumi petaling jaya.
pertama mengetuk hati membuat aku menyimpan seribu rasa.
kau yang tidak pernah sedar kehadiran aku dalam beribu manusia disini.
kau yang selalu aku tunggu, kau yang sering menjadi bahan usikan semasa temanku
sungguh aku tidak tahu rasa ini akan tiba,
andai aku tahu tidak mahu aku berbicara mengenainya.
kau bukan alasan untuk aku berpaling dari si dia
justeru kau menjadi tanda dia bukan siapa-siapa
dan hadirmu menceriakan rasaku
kelmarin aku memanggil mu, dalam kabut kau cuba berlalu pergi
mujur teman mu ada disisi, diheretnya kau menghampiri
sungguh aku kaku, pandangan aku tundukkan kerana terlalu malu,
padahal aku bukan begitu,
aku mencuri pandang, dan kau berpaling mengadap tempat lain.
buruk kah aku ini mengapa sukar kau carik senyuman buat aku disitu,
aku menanti tapi hampa aku terima.
hariku berlalu pergi dengan hampa dan derita.
dan baru sebentar tadi aku meneliti profil facebook mu.
sungguh aku kagum dengan perjuangan mu
kau yang tidak segan silu mengatakan perjuangan bersama yang benar
aku justeru makin kagum dengan dirimu
lalu aku tersedar aku benar bukan sesiapa
maafkan diri ini menyukai kamu walau sebentar
cuma izinkan aku terus mendoakan kebaikkan hidup mu inshaaAllah
moga terus beristiqamah.