Monday, December 24, 2012


“berhentilah peduli,
maka kau akan jauh dari luka.”

“berhentilah mengambil tahu,
maka kau akan jauh dari kecewa”

itulah kata mereka,
dan juga bisik hati yang pernah dilukai.

jujur,
berhenti peduli, dan berpura-pura tak mengambil tahu itu,
benteng dari luka dan kecewa 
atau hanya membuat hati bertambah luka?

kerana kita sedang berpura-pura,
memaksa diri dan membohongi hati,
bahawa sejujurnya,
masih ada khabar yang ingin kita dengari?


ketakutan terkadang membuat kita menjauh,
sedang rasa ingin tahu membuat kita menderita.


maka, pilihlah yang terbaik. ;’)

dan sudah lama,
ku pujuk hati,
mari kembali mencari YANG ABADI.

dan sudah lama,
ku pujuk diri,
mari kembali kepada YANG SETIA MENANTI.

dan sudah lama,
aku pesan pada diri,
supaya berhenti mencari dan berharap pada mimpi yang tak pasti.

sungguh,
hingga saat dan detik ini,
hati masih begini,
masih bertatih-tatih ‘mencari’.

dan,
aku cuma bimbang,
bahawa kesempatan akan akhirnya berlalu pergi sia-sia.

Sunday, December 23, 2012


dan kita perempuan ini,
selalu mahu seorang lelaki, 
menuruti kehendak kita.
kita mahu dia tunjukkan bahawa dia sayang kita.
kita mahu dia buktikan cintanya pada kita.
kita mahu dia tunjukkan bahawa dia sangat peduli, caring pada kita.

kita mahu bukti.
kita mahu dia selalu ada.
kita mahu selalu bersama.
padahal, dia dengan kita belum ada ikatan sah.

padahal dia, selalu mengelak.
dia menahan dirinya mengajak kita keluar,
kerana takut berbuat dosa,
lalu kita menuduh dia tak sayang pada kita dan lebih mengutamakan kerja.
kita mahu selalu berbalas sms, bertanya hal remeh temeh,
sedang dia gelisah, terpaksa bersms,
dia risau, hubungannya lebih membawa ke arah lagha dan perkara sia-sia,
tapi kita menuduhnya ada perempuan lain.

kita mahu selalu berhubungan,
menelefon,
berborak kosong, sehingga berjam-jam,
ketawa ceria dan terus bercerita,
sedang dia takut mendengar suara kita,
saat telefonnya bergetar, hatinya turut bergetar,
itu kerana dia bimbang tergoda,
tapi bila dia mengelak berbual panjang,
lalu kita menuduhnya tak sayang pada kita.

itulah kita,
seorang perempuan,
yang terlanjur menyayangi,
yang sudah terlalu jauh menyukai,
menyimpan harap, dan memasang impian.
makanya,
selaku perempuan,
bantulah dia untuk menjaga kita.
elakkan diri terlalu bermanja-manja,
apatah lagi meluangkan masa bersama,
selagi akad belum terpateri.

Kerana dia yang menyayangi,
Akan selalu melindungi,
Bukan mengambil kesempatan untuk mencemarkan.