pemergianmu ayah masih aku rasai.
pastinya adinda adindaku lebih terkesima berbanding diriku .
ayah kau pergi meninggalkan nama.
kau pergi meninggalkan bonda.
kau pergi meninggalkan anakanda.
juga kau pergi meninggalkan kekandamu.
ayah ku sisip kemas memori indah bersama
mu.
tika aku sedang keliru tika aku sedang
buntu kau tempat aku mengadu.
ayah terlalu banyak keperluan kami kau
laksanakan.
tika puasa menjelma kau kalut mencari
juadah buat berbuka.
tika raya puasa tiba kau sibuk mencari
kuih raya bekas kuih dan juga baju raya buat anak anak mu jua buat isterimu.
ayah tika manusia sibuk mengata
dibelakang mu kau tetap teguh percaya pada yg satu.
ayah tika kau sibuk menguruskan anak muda yg
kian hanyut tidak kau anak mu yg sedang meningkat dewasa.
Ayah pesanmu agar kau akan mencari jodoh
seseorang yang memihak kepada parti hijauBulanPutih. Apapkan daya ajal
memanggilmu dahulu.
ayah sesibuk mana pun engkau pasti
mencuri waktu untuk bersama anakandamu.
ayah walau kadang duit menjadi masalah
kau tidak lah begitu gusar gundah gelana kerana kau percaya Dia punca rezeki
kita.
ayah walau banyak salah ku untuk mu kau
tega memaafkan kami.
ayah kehilangan mu buat kami buntu
pemergianmu buat kami hilang arah tuju tapi syukur kerana tuhan masih sayang
Dia tidak biar kami terus tenggelam dalam lautan penuh sembilu sedikit demi
dikit dia suntik rasa ujian itu penuh hikmah buat diri kami untuk redha.
tak ku sangka kau pergi dulu kerana ku kira
sempat kau melihat adinda bongsu ku membesar. enam tahun sahaja yang tuhan beri
buat adindaku menyulam kasih dari seorang ayah. tuhan bantu kami untuk buat
adinda kami paham kasih kami juga setinggi kasih ayah buat nya.
pesan ayahanda solat jangan kau tinggal
aurat jangan kau buka pergaulan harus kau jaga moga menjadi anak yg soleh
anakandaku.
jujur aku kau dia dan tiada siapa tahu
kapan tiba ajal kita. jujur kadang kita hanyut kadang kita sedar. kadang dalam
dilemma kadang sedang asyik lena.
untuk kesempatan waktu ini izinkan kami terus
beribadah kepadamu ya Allah.
izinkan kami.
moga Aman roh mu disana bersama para
solehin. Baqi tempat kebumi mu. Raudhah menjadi saksi kepulanganmu kepada
pencipta. Madinah menjadi tempat terakhir kau beribadah. Assalamualaikum
ayahanda Abdul Haris Bin Romli.