Tuesday, July 29, 2014

Rasa itu? Masih setia atau sudah pergi?

Benda itu? Masih setia atau sudah pergi?
Aku tak macam dulu kan. Lain sedikit saja tapi impak dia quite big arr. Dulu kalau bercakap dengan dia atau bila dia tegur, aku macam ada bunga dalam hati dan ada rama-rama dalam perut ;p
Sekarang. Rasanya biasa Cuma. Sekilas pandang dan berlalu pergi. Aku hairan juga bila rasa ini berubah. Rasa tu dulu besor jugak arr sebesar burj khalifah ;p heh. Bunga dah layu dalam hati aku lupa nak siram mungkin . Butterflies mungkin dah mati kena acid banyak sangat dalam stomach gua.
Sekarang ada orang baru. Kikiki. Dah 5 tahun cukup. Cukup lama untuk monyet bercinta dengan bayang-bayang. Dalam lima tahun selalu hadir rasa luka dari cinta. Dalam lima tahun rasa perasan matured pown ado kekadang tu. Lantak lah. Let bygones be bygones. Kan kan?
 
AKUSUKADIA.
Dia Cuma teman.
Teman biasa asalnya.
Suatu masa menjadi begitu mesra.
Lalu rasa dijiwa mula bercambah.
Hadir antara sayang dan suka
Persahabatan atau percintaan.
Kekoreaan atau pelajaran.
Bila tiada rindu hadir mencengkam jiwa
Lalu hadirnya puisi bercerita tentang duka
Some people are meet but not meant to be.
Mungkin kita? Maybe us?

Ya Allah rasa ini hadir tanpa aku mahu. Jauhkanlah andai benar dia bukan untukku. Kerna aku percaya setiap yang dipertemukan ada kisah dan sejarah walau akhirnya tak mungkin bersama. Sungguh aku rindu pada gelak tawanya. Aku rindu melihat dia tersenyum bercerita. Aku rindu mendengar kisah luahan hatinya dia. Tersepit aku saat tahu dia gelombang merah. I keep wondering. Merah mana satu. Kelantan atau barisan.? Mohon Cuma Kelantan bukan barisan. Kerana itu saja cukup buat aku melupakan mu untuk selamanya.