Monday, December 30, 2013

helllo

assalamualaikum *senyum pahit* 
lama gilos tak bukak blog ni. since ya lahh arwah naim :'( 
i wanna share you some words i found in somebody blog and i love them.
More?
There will be sometimes, you fall in love with someone,
Then,
You have to pretend like..
"I don’t like him/her"
“who care about you”

why?
Kenapa ?
Sebab masih muda,
perjalanan masih jauh.
Takkan nak biarkan hati ini makin dekat dengan orang yang belum tentu jodoh kita.
Then, makin jauh dengan ALLAH.
Buang masa.
Dan
Kau ingat nak jaga hati ni senang ?
p/s : untuk orang yang berhak dan tepat sahaja.

Thursday, September 5, 2013

dia

assalamualaikum 
Allah, sahabat :') lama kita tidak bersua muka di laman ni ya? 
maaf sedikit sibuk dengan hal duniawi yang selalu melalaikan :'/ sahabat rindu sekali aku pada mu. 
ya Allah kasihanilah sahabat ku ini. berikanlah dia keberkatan hidup. ya Rabb sampaikanlah rindu ku untuk dirinya. walau jauh di mata dekat di hati dekat di setiap sujud kami. 
Sahabat kiranya kau mawar yang indah. mawar berduri. kelihatan indah tapi sukar didekati. 
sahabat indah sekali senyum tawa mu. ya Allah sungguh aku merindui saat-saat lalu bersama mu
tika ku duka Dia jadi saksi kau tempat disisi 
sahabat walau sekarang kita jauh percayalah aku tidak pernah melupakan mu. 
p/s : hari tuu terasa hati.. hurm x palah sahabat saya mana tahu saya jauh hati dengan dia. nak berbicara dengan pun suara saya jadi getar. cuba juga ku kawal agar hati kecilnya tidak terguris. sahabat andai kau masih bersamaku perhatikan sedarilah perubahan ku. jauh sebatu seolah beribu batu, 
ujian sekali sayang selamanya. uhibbukifillah sahabat.
cococoda:

Thank you, ya Allah ♥

Thursday, July 18, 2013

kerana Dia


Akan tiba suatu saat CINTA sering membuatmu terhiris menangis, namun dirimu tetap setia menyeka air mata yang mengalir. Dan antara cinta yang mampu memberimu tawa dirimu memilih cinta yang membuatmu menangis. Kenapa? Kerana tangisan adalah tanda cinta telah menyentuh ruang hatimu yang paling dalam.Dan hati yang menangis kerana dosa tanda Allah melembutkan jiwamu walau sekeras manapun ia. Menangislah dan biarkan Tuhan membersihkan hatimu dari luka dunia perlahan-lahan. Justeru,beruntunglah buat mereka yang mahu menangis;keranaNya. =)"

Mungkin aku berpura-pura tabah, Mungkin aku belum cukup kuat untuk bertahan, Mungkin aku masih belum faham takdir Tuhan. Namun aku berusaha buat mereka tersenyum, dengan itu aku terlupa sebenarnya aku terluka. =)

I hope you are being sweet even though life so bitter.
I hope you are pleased, although other people’s wrath.
if ALLAH love is burning, then all the others are mild.
and all that is in the land is land 


Allahu tak sangka sekarang dah masuk bulan tujuh.. bulan ramadhan bulan mulia.. Allah syukron ya Allah kerna temukan kami dengan bulan mulia ini.. 

ya Allah benar aku rindu pada sahabat-sahabat ku.. athirah,afifah,ain,syazwani,wani,dina,aton rindunya korang.. hmm 


Saturday, May 4, 2013

sja ja

gambar ni tak dak kaitan ngan sapa sapa ya xD


Assalamualaikum :D jyeah molek lahh 15 hari nii seronok ja rasa dpt tgk ramai anak muda bangkit tegakkan kebenaran hapuskan pembohongan. !
Tadi umi ngan ayah gi undi awal hehe tak sesak lah katakan.. along ngan abah pun walaupun dok kat bagan tap kena undi kat sini tasek gelugor ni.. hurm. Tak pa lahh kita tunggu keputusannya malam ni okay :D
Hmm tujuan aku tulih ni tak dakkaitan pun ngan politik .  kita tutup dulu kisah ni noh satgi chek sambung balik.

Ermm sebenarnya hari jumaat 3 may tu kitaorang ada dengar ceramah dari ex-student smkks :’> ngee seronok k. cara penyampaian nya dia selamba ja macam kami ni kawan-2 dia ja.  Aku macam tersentak lh jugak kan .. sebab tajuk dia C.i.n.t.a .. tengah kita dok sibuk pasai politik dia sibuk nak cakap pasal cinta kenapa ek ? sebabnya dia kata kat university sibuk sangat dok berbicara tentang cinta. Cinta ni halal ka haram ? cinta ni boleh ka tidak ? cinta ni berdosa dak ?

So kitaorang pun dengarlah kisah kisah dia yg sekian sekian .. sehingga aku rasa aku ni kurang kecerdikan . erm.. aku terlalu suka kat mamat ni sampai x Nampak hamba Allah yg lain dah selain dia.  Aku buat dia macam istimewa lah sangatkan dalam hati ni tapii tetiba aku terfikir kenapa dia ya ? dia pun x sempurna kan.. aku kan bila teringat benda lepas yang pernah aku lalukan.. aku rasa idiot tau dak .. sebab cinta ni aku jadi buta.. aku selalu cakap kalau aku down periksa kali ni ni semua bukan salah dia bukan sebab aku angau kat dia tapi sebab aku yang kurang berusaha kurang berdoa.. pokoknya aku memang akn letak salah tu kat bahu aku. Padahal aku tau sekali pun tak pernah terlintas kat hati dia tentang aku . sekalipun tak pernah dia suka aku. Sometimes aku takut hilang dia . sometimes aku rasa mampos kat dia lah -.-  

Tambahan pula sejak dia stay kat hostel ni memang lahh aku dah jarang contact dia kalau boleh tuu sebulan sekali ja .. baguslah at least aku tak perlu terlibat dalam benda alah cenggini lagikan. Matang dah ker aku ? *excited* hehe sah la dak lgi tapi sebab aku dah jumpa ramai orang buat aku rasa dia bukan jodoh aku. Fine gedik giler aku kecik-2 dh berjodoh bagai ni.. hehe awak semua tahu tak untuk mencipta suatu kenangan awak perlu lalui setiap pengalaman dulu. Baru awak tahu peritnya mecintai sakitnya dilukai pedihnya disakiti. Tapi bukan semua cinta  teruk tau. Cuma kekadang cinta manusia tak bermakna apa apa. Dia hadir sebentar tapi pergi untuk selamanya. Dia datang tak diundang tapi pergi tak ditendang *xD*  awak awak sila dekatkan diri dengan keluarga awak tau. Dalam kalangan manusia hanya mereka layak dipercayai. Jangan cerita masalah awak pada seorang rakan yang akhirnya akan tinggalkan awak sendiri. Jangan sesekali pentingkan kawan dari keluarga awak. Saya  memang tak sempurna nak nasihat orang tapi ni sekadar tulisan ringkas buat ingatan jer ya . saya mungkin jarang menulis sebab saya rasa saya tak layak lagi nak menulis macam dulu. Blog saya yg dahulu mungkin aku terus private. Hanya mungkin. 

  Awak kalau ada seseorang hadir mengetuk pintu hati awak saya harap awak tabah dan kuat ya. Bersedia lah untuk disayangi bersedia lah untuk disakiti dan tabahlah jika ditinggal. Awak saya tahu tak semua kita ni bercinta kan. Maksud saya couple lah .. kita mungkin hanya bercinta dalam hati. Mungkin hamba Allah opposite tuu tahu dan mungkin tak tahu kan.. tak per awak salurkan cinta awak dalam setiap sujud awak ya berdoalah mohon dia yang terbaik buat awak. Tapi saya yakin memilik tulang rusuk tak pernah tertukar Cuma masa dan takdir yang akan menentukannya.

The moments I miss them
The moments they come and gone
The moments they cheers they cried
The moments they never come back
Friendship sometimes give us strength
Friendship sometimes create us in the future
Friendship never ends..
Is it true “friendship never ends” ?
Curious kill me enough
Curious make me confuse
My dear friends even I know you’ve found someone special and you keep delete me in your life
I’ll appreciate the old of you. I love the old one. The new one disgusting -.-
Now you’ve found someone better. Okay then bye.  
  

Monday, April 29, 2013

masalah? Allah ada

hyep! doo bee doo bee doo :D ngee aishoo manyak rindu maa sama kalian.. ngee tapi kan rindu pun tak guna kan ini blog ini entri tarak olang mau telejah xD 
hehehehe btw i'm quiet busy as i am pretend as Prime Minister muahahaa.. apa punya bi daa :3 bajet aku kisah lah tuu :3 saya memang ada masalah bila mengetaip ayat bm saya di  Yakini 101% :3 
percaya? suka hati kauorang lah :3 ?
hmmm ekceli *gelis!* aku tak tau apa ada dalam kepala otak dia ? jerr ingat aku apa robot tak dak feeling kah? ayoyo cenggini arr kawan kan kan :3 blurr~~ -.- 
terkadang terbit jugak kerinduan pada diri anda yang lama 
tetapi ibanya hati siapa yg tahu. 
terluka terhiris kalah sembilu woooi ! -.-'
apa citer kat depa apa yg berlaku depa cakap ignored jer semua this thing is stupid and useless -.- :3
if i can flash back i hope we are never ever close jyeah.. :D 
thats might be good for me and you right?

ohh yaa lupakan masalah remeh yg tk perlu amek tau nieh and tumpukan pada PRU13 .. 
ermm :3 

terkadang sedih terkadang lucu melihat telatah dan permainan manusia seolah-olah mereka ialah boneka diri sendiri. 
terkadang pilu melihat para ulama' terus dihina :/
Allah .. andai ini ujian Mu untuk Kami . kami redha ya Allah.. 
ya Allah kukuhkanlah Iman dalam diri-diri kami. sinarilah hati kami dengan Nur Mu. 

semoga yang berlaku benar akan berjaya . bimbing kami dari terus berada dalam kesesatan. 

p.s : ABU :3 btw kita ni orang Islam. stop salahkan mana-2 pihak . cuba perbaiki apa yg kurang jangan syik main tunding jari ja 

enjoy this photo.:D
this is what we called Respect 
:) 


Wednesday, April 10, 2013

aku okey

Assalamualaikum. :’)Air hujan terus menitis titis demi titis . selarasa dengan hatiku sangat ini. Walau di wajah ini tiada air mata yang mengalir tetapi dalam hatiku terserlah kewalangan hati ku ini. Lah Tah zan. ! ya itulah sepotong ayat yang ringkasa namun membawa seribu satu makna buat diriku yang sedang dirundung pilu ini. Andai punya salah ampunkanlah aku andai tersalah bicara maafkan aku. Aku juga manusia. Tidak sempurna ! result up1 dah masuk dalam saps . pada awalnya aku tak mahu bukak pun tapi lepas check yg kawan-kawan punya aku jadi gementar takut :< result depa gempak-gempak belaka. And what did I get ? I have made my parent disappointed with me. At the time , I’ll keep thinking. Why ? oh why ? why did I get the excellent result for the PMR 2012 ??!  kekadang terfikir kan ker bagus kalau aku hanya dapat 7A ka 6A ka.. tak der lah aku rasa macam sekarang ni. this year memang semangat aku down gila sampai satu tahap aku rasa macam nak skip ja zaman penuh kegelapan aka sekolah ni. Aku dah x excited macam dulu. Form 4 ? yeah it is to HARD for me to face this useless thing. Dear mom and dad , I am you daughter . sister of six siblings. ! I am sorry . I’ve make you upset with me. I’m bad and I know it but I wanna either change today or tomorrow .

Ya Allah takutnya nak tunjuk report kad ni kat ayah ngan umi. Saya lebih takutkan ayah :'( even I’m quite close to him but I’m to afraid. I know he NEVER show me that he is upset with me. But I think I can feel it. Arr -.- my heart yelling at me . -.- PAST IS PAST hmm.. yes I know and always know. And your past will create your future ek ? ahahks don’t know lah I’m joking dude -.-Hmm I’m feel fever right now :( rasa x nak gi itu sekolah esok hari :< adakah itu cikgu fizik mau masuk ini kelas -.- see aku dah sengal saiko sakai habes dah ni dah la malaih ni :< Assalamualaikum bye! 

Bertali arus dugaan tiba Menakung sebak airmata Namun tak pernah pun setitis Gugur berderai di pipi Tidak ditempah hidup sengsara Suratan nasib yang melanda Menongkah badai bergelora Diredah bersendirian Bagaikan camar pulang senja Patah sayapnya tetap terbang jua Sekadar secicip rezeki Buat yang sedang rindu menanti Segenggam tabah dipertahankan Buat bekalan di perjalanan Kau bebat luka yang berdarah Kau balut hati yang calar Telah tertulis suratan nasibmu Derita buatmu ada hikmahnya Terlukis senyum di bibir lesu Tak siapa tahu hatimu Biarpun keruh air di hulu Mungkinkah jernih di muara Biarpun jenuh hidup dipalu Pasti bertemu tenangnya

Saturday, April 6, 2013

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH

Bulan Januari
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi. 
 Bulan Februari
Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi 
 Bulan Mac
Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.  
 Bulan April
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu 
 Bulan Mei
Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros 
 Bulan Jun
Berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.  
 Bulan Julai
Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja
 Bulan Ogos
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan  
 Bulan September
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik  
 Bulan Oktober  
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat 
 Bulan November
Banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah. 
 Bulan Disember
Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Friday, April 5, 2013

politik.. apakah?

POLITIK
Bila masuk pasal politik ada yang mencemuh.
Ada yang menyokong kerajaan dan pembangkang.
Ada juga yang sekadar di atas pagar, tetapi manfaat didapati bersama daripada mana-mana pihak.
Siapalah yang sempurna di dunia.
Memang tak ada, walau dicari ke seluruh pelusuk juga belantara.
Namun hanya satu ketika yang akan membuatkan kita sedar bahawa kita hampir sampai ke titik kesempurnaan.
Apa dia?
Bila ni’mat yang ada sekarang diragut dan tiada dikembalikan.
Saat itu semua senada, tiada pecah belah lagi tetapi apakan daya benda dah jadi.
Kita hanya manusia yang berstatus hamba, tiadalah diberikan kekuatan untuk memutar masa.
Bagaimana mahu dibentuk dunia ini?
Agar mengambil Islam sebagai jalan keluar utama?
Jawabnya, bersatu.
Bersatu memajukan iman agar diberikan idea yang hebat untuk kemajuan ummah dan segala rakyat yang berbeza agama dan bangsa.
Bersatu memerah idea untuk menjadi kerajaan yang punya jiwa insan.
Bersatu menjadi pembangkang yang datang menegur pihak kerajaan Islam agar tiada menghilangkan prinsip Quran dan sunnah Rasul bukan mencaci dan mengata tanpa henti.
Bersatu menjadi ummah yang kuat untuk menyokong umara’-umara’ dan ulama’-ulama’.
Kerana politik itu adalah kuasa.
Kuasa yang boleh membawa baik, juga buruk.
Jika dahulu, politik menjadi alat penyatuan, kenapa tidak sekarang?
Adakah politik yang bersalah, atau manusia-manusia yang membawa dosa?
Fikirkanlah, kita boleh buat tak tahu pasal politik.
Kita boleh menyokong mana-mana yang kita suka.
Kita boleh membuat pilihan itu.
Tetapi jika pemerintah diperintah oleh manusia yang bukan ahlinya, maka tak semestinya masjid akan gah di Malaysia.
Na’uuzubillah…
Aku, kamu dan mereka tidak mahu perkara itu berlagu, jadi mengapa masih berpecah?
Carilah titik persamaan itu, dan kita tak akan pernah lumpuh oleh manusia-manusia yang tiada jiwa.
Hanya kita penyelamat dunia, ummat Islam.
Maka, bersatulah!
Kita punya Allah, Rasul SAW, Quran, sunnah!
Jadi, jangan sesekali gentar pada yang salah!
ALLAHua’lam…

Thursday, March 28, 2013

Hai awak

Hai awak yang telah saya kenal dan saya sangat menyesal kenal ^_^ awak ! jom kita main satu game nak dak ? game ni nama dia “kau ignore aku aku ignore kau” best kot  sebab masing-masing akan menang tiada yang kalah .. eh buat apa ajak kan .. memang kita tengah main game tu sekarang kan kan J . tapi entah lahh masing awal-2 main game ni hati saya macam terhiris sikit tpi tak pa saya dah jumpa penawarnya dah . awak berubah . walhal baru 3 bulan kita baik dan hari ini saat ini detik ini we’re are not friend ek ? :3
sayapterbangindah:

subhanaAllah, cantik. =)
Masa form 1 hmm dia ni baik ni .. weyh jom jadi kawan !
Masa form 2 hmm dia masih okey tpi dah mula rasa jauh :/
Masa form 3 hmm hahahak memang seronok kena ignore ngan hang !
Masa form 4 hmm usha balik form 2 dan form 3
Masa form 5 hmm “eh? Kita pernah kenal ker?”
Bvhhahahks inilah hidup dan inilah Hang !

sebuah perkenalan pasti akan berakhir dengan perpisahan. 
kita boleh choose perpisahan yang macam mana yang kita mahukan 
so .. hahahahaha my world would be good without thinking of you my dear ? 
my dearest friend . thank you for loving me as a friend . even it just a while . 
I beg you not to play with others feeling k . even we're not friend again :)  3 month is a long journey I had go through with you . for this 3 month I spend and kill my time with you haha 
I am so tired missing the old you . so my ex dear keep moving keep looking forward be matured okay? 

our friendship end without any reasons yeah >< haha may be it's my fault or may be yours. hmm forget it . forget what had i said to you before  



p.s : entri ini ada kaitan dgn yg hidup tpi tiada kaitan dgn yg sudah tiada .
 yg tidak tahu apa-2 -jalilahiz :D 

Monday, March 25, 2013

maafkan aku :'|

Assalamualaikum nur athirah bin hashim ,

Untuk sekian kalinya aku ingin memohon maaf atas segala tutur kata aku yang telah melukai hatimu bukan maksudku bukan niatku aku turut terluka tapi itu mungkin tak penting kan . aku tak dak niat nak melupakan kenangan dengan hang apatah lagi melupakan hang apa yang aku tulis itu hanya sekadar tulisan andai itu melukakan hatimu maafkan aku . aku mintak maaf kalau aku bersikap sombong dengan hang . aku tahu sikap sombong tu masih ada dalam diri aku ni even aku rasa aku tak lagi sesombong dahulu , maybe hehe. Sikap sombong aku lagi teruk masa pertama kali aku jejak kaki ke skpj dan saat pertama kali aku kenal amni . orang pun tak sangka kami boleh jadi kawan bukan kawan biasa ja tpi macam belangkas bhahaks . tapi tahun ini 2013 aku ngan dia tak macam dulu sebabnya kami dah tak sekelas apa saja aktiviti jarang sekali terlibat sekali . naseb baik lah kami masih satu sekolah masih boleh berhubung guna facebook or phone.. tapi.. macam mana aku nak berhubung dengan hang . hang sekolah asrama penuh balik sebulan sekali -.- (kerajaan kejam!!-.-) kalau hang outing hg balik rumah kawan hang aku mana ada nombor fon kawan hg nak buat panggilan (bajet baku :p) kalau hang x outing hg ada kat sekolah hg tak kol no fon aku yg kat rumah ni pun (sorry sbb masa hg kol aku x jawab :< dah la mintak kat anas pulak tu hehe :’3 ) takkan lah aku nak buat panggilan kat fon public kot sayang oi |-.-| untuk melupakan hang macam yang aku tulis tu memang aku takkan mampu aku tak mungkin boleh buat sebab ya lahh bila orang tuu rapat ngan aku aku akan ingat dia insya-Allah selagi aku masih bernafas . aku tak lupa hamba Allah yang pernah rapat ngan aku masih aku study kat taski dulu tpi harap maklum yg rapat lahh hehehe yg kurang rapat tuu jarang lah aku ingat :’p macam hg .. hg agak arr rapat ngan aku jugakkan .. atau aku ja rasa macam tuu huhu xperlah .. aku tak nak dah bersikap sombong ni -.- memang tak dapat hasil pun bersikap CANTIK gini kan -.-‘ dan aku memang FAILED bab nak baca feeling orang ni . lain lah kalau orang tu ada depan mata empat aku ni -.- aku boleh tau melalui reaksi dan tindak balas dia aku boleh lah agak dia kenapa kan .. tapi hang ? hang jauh dari aku :/ memanglah masih dalam Malaysia masih negeri pulau pinang tapi dua yang beza 1) sekolah kita tak sama . 2) rumah kita bukan area yg sama (kalau ada rezeki aku ajak ayh aku rumah ckgu kamariah tuu kalau ayah aku nak lah sekarang ni hubungan agak x cun :’| ) aku mintak sorry aku buat hg rasa begitu . aku mna lah nak tau hang hanya nak test ja . -.- aku ni memang x suka test segini L Sebab aku tau aku akan gagal . gagal menunjukkan aku sayang kan hampa . aku tak tau cara nak show how much do I really inlove with you (bajet gedik dok K)  terima kasih untuk segala jenis bentuk kenangan memori yang telah kita lalui . terima kasih sudi terima aku sebagai kawan . one more important thing YOU ARE NOT EX-FRIEND -_- EX-FRIEND mengikut definition aku muahaha :p ialah seorang sahabat yang telah lama blah dari hidup aku dan telah memberikan luka yang teramat mendalam sampai susah gila nak cari ubatnya . I have 2 and they are NOT YOU :< sayang hang . cubalah terima kawan hang tu hang dah selalu ngan dia dari form one lagi kan x macam aku :< hang kenal aku pun masa form 2 kan sebab pipah mungkin hehe :p kalaulah aku ngan pipah x sama tmpt tusyen mungkinkah kita berkawan :< aku tak tahu dan x nak tahu :| pasal klon hg tuu aku heran benor macam mana hampa boleh rapat ni –bajet jeles!- muahah dasar aku tamak kan :P :p  hmm maaf aku telah menjadi PENCURI AMATUR :3 Muahahak :p aku dah curi masa hang untuk baca nukilan buruk lagi kusam masam ni -.- I’m sorry for everything
With love ,
Jalilahiz
p/s  : kalau ada masa dengarlah lagu lama lagi lapok -.- Sheila on7 – DAN lagu ni macam sampai kan apa yang aq rasa jugaklah hoho –bajet!- tapi kalu x dax masa sebab aku dah curi tuu x perlulah dengor ya :’D 

Sunday, March 24, 2013

you create me something for now on

athirah.. thanks for everything..
 i'm hoping for the star .. looking at you with tears inside my deep of heart . seeing you go away from me step by step and you never look back . there you are with all your new friends with a long journey to step away . 
and now between us has nothing toward you . how could you said that i am arrogant . i'll never ignore you in my daily life . to me you are still my beloved superb friend . but what did your beautiful eyes see about me ? am i the most stupid friend ? am i the one that hate you ? or am i the one that blind ? 
past is past . let it go and start your new journey without me . i know you can . 

i don't hate you but you turn to everything you said you never be

it's sad when people you know became people you knew when you can walk right past someone like they never a huge part of you life how you used to be able to talk for hours and now you can barely look at each other
just because i don't talk about my problem doesn't mean they don't exist. 

thank you for making me laugh when i'd almost forgatten how to.

sometimes the person who trie to keep everyone happy is always the most lonely person,
so never leave them alone because they will never say that they need you

good friends are like stars you don't always see them, but you know they're always there. 
to my dearest eleven pals : you make my life shine .without you am i am nothing today but by spending time with you create me something now . i hate when someone ignore me i hate when someone just only judge me without take care of my little tiny heart . should i delete you in my memory as i see my memory is already full and it may exploded one day haha . my dear i'm just joking . 

to my dearest Wadia : you always make me smile from ear to ear . we have variety moment with. all of the moment have been save in my deeply heart . thank you friends . you create me something for now on

even my heart had been broke i know Allah still give my the best . when  i am crying i am try to get ur attention i'm sorry cause i know you hate that . this is me . love me the way i am . 
everything happen for a reasons . Good Bye. 

Thursday, February 28, 2013

Wahai SAYA Bin IBU SAYA

Wahai SAYA Bin IBU SAYA

Wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah,yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang ...kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta'ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, jangan bergopoh-gapah. Bialah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Ta'ala Tuhanku.
Muhammad Nabiku.
Islam agamaku.
Baitullah itu kiblatku. 

Semua orang islam dan orang beriman adalah saudara aku. Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku dari masa hidup hingga aku mati aku mengucapkan, "La ila ha illallah muhammaddur rasulullah". wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikai Mungkar dan Nankir di dalam kubur adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mashsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya Hari kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. "Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak di seksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.. Subhana rabbika rabbil izzati amma yasifun wassalamun'alalmussalin walhamdulilllahi rabbil alamin".
Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati

-" kullu nafsin zaa iqatul maut". Firman Allah SWT: "Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran" surah al-A'sr

Nota : SELEPAS MENINGGAL, KITA SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM AKAN DISEBUT NAMANYA DAN DI'BIN'KAN KEPADA NAMA IBUNYA,YAKNI YANG MELAHIRKAN KITA... Semoga kita meninggalkan perbuatan maksiat dan segala kemungkaran kembali kepada Allah, memohon keampunanNya, mencari keberkatanNya.. Kita hidup sementara kenapa perlu sombong dan tidak patuh kepadaNya? DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.. Ayuh kita bersama-sama Muhasabah diri.. Semoga kita amalam kita mempermudahkan untuk menjawab segala pertanyaan Mungkar dan Nangkir di sana kelak..

Penerbangan hakiki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
PENERBANGAN HAKIKI

assalamualaikum sahabat-sahabat yg sentiasa dirahmati Allah selalu saya harap awak semua dapat membaca puisi ini untuk diambil Ikhtibar dan peringatan :') semoga selalu dibawah naungan-Nya Insya-Allah ! 


Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia), ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat.
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosure penerbangan, tetapi melalui
Al-Quran dan Al-Hadith.
Di mana penerbangan bukannya melalui
Air Asia, Singapore Air line atau AirJordan, tetapi
Al-Jenazah.
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, tetapi caj lebihan berat adalah atas
kesudian Pencipta kita.
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi
HANYA  kain kapas putih 3 LAPIS.
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rabane, Sultana
tetapi
air mawar dan cendana.
Kita tidak perlu memikirkan tentang mandi
kerana
kita yang akan dimandikan.
Tidak perlu memikirkan tentang pengangkutan atau kenderaan
kerana
kita akan diusung diangkat, dijunjung dalam satu perarakan istimewa.
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau America, atau mana - mana bangsa dan negara
tetapi
HANYALAH
Al-Islam.
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 3 atau 6 bulan, tetapi
selama-lamanya. Abadi dan infiniti
Pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi
Ulat, Kala jengking dan Ular berbisa.
Layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar
kain kapan yang diwangikan.
Destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International,
tetapi
Tanah Perkuburan.
Ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani merah, tetapi
bilik 6 kaki dalam gelap
gelita dikelilingi tanah.
Pegawai imegresennya bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada
Syurga atau Neraka.
Tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Destinasi terakhir samada
Syurga yang mengalir air sungai di bawah nya
atau
Neraka Jahannam yang api sentiasa membakar di dalamnya.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma,
jadi simpanan (savings!) anda tidak akan
dihabiskan
dan tidak perlu digunakan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.
Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau
halal-haramnya makanan kerana
selera makan hilang tiba – tiba
Jangan risaukan delays. Penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya…
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,
anda telah hilang selera bersuka-ria.
Jangan bimbang tentang tempahan…,
ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya!!!
Berita Baik…!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah kita. Kita adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya
kita boleh..!!
HaNyA iNgAt!!
Penerbangan ini datang tanpa AMARAN.
Cuma perlu diingat!!
Nama kita telah ditempah untuk penerbangan ini…
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
SUDAH KAH KITA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI???? Satu penerbangan yang pasti

Thursday, February 7, 2013


no words can i said now .. :( thanks for being my friends,my partner,and what ever so it is :/ 
ada rezeki ada jodoh kita jumpa lagi 
terima kasih sohabat ^_^

Wednesday, February 6, 2013

terima seaadanya

Assalamualaikum :') 
Now i knew the truth of friendship.. they come and they go.. Allah gave me the best friends ever like you :') thanks to Him for sending you to me.. i'm glad to know about you even it just about three years . Alhamdulilah. :) 
Redha.. satu perkataan tiga huruf konsanan dua huruf vokal :') 
tapii... 
membawa seribu satu makna yang mendalam lagi bererti.. 
Ya, Allah.. kuatkanlah hati hamba mu ini.. 
ku pinta akan terus teguh dalam medan perjuangan hidup menuju yang hakiki.. 
Ya Allah.. aku redha andai benar perpisahan ini yang terbaik 
aku terima andai ini yang terbaik.. sudah tertulis sejak azali :')
kuatkan hati ,cekalkan diri ,perbaiki Iman :'> 
nota hati : Jaga Iman Jaga Hati Jaga Diri =)

Friday, February 1, 2013


assalamualaikum. 
kiranya kenapa lah aku rasa sebegini. ? rasa berat sangat nak terima hakikat yang dia akan duduk di asrama. 
kalau betullah aku akan terpisah jauh(berapa batu ja) dari dia. 
ucapan tahniah dari aku sahabat sebab dapat masuk ke sekolah tersebut. 
sejak daripada hari kau marahkan aku tuu aku sentiasa doakan kau cepat cepat dapat situ.. :'( bila dah dapat kenapa ya aku rasa x suka.. ish teruk betul syaitan dh kawal ni :( 
friends, do you know ? when u said that u got that wonderful school.. my heart is slowly harmed.. i have no words to say to you. just congratulation . i hope u happy :> 
i'm sorry for being annoying as long as we're friends. forget and forgive me :)
maafkan aku kawan. lupakan aku. 

walkinginthislifetimejourney:

 

Jangan menuntut kesempurnaan dalam persahabatan. Terimalah segala kekurangan, hargailah setiap kelebihan.
^^

Thursday, January 24, 2013

DIAM

DIAM….

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM.
qalbukudijari:

InsyaAllah :’)
nota hati : tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa sahabatnya yang lain meskipun tanpa bayangnya .

Monday, January 21, 2013

Sunday, January 20, 2013

MEMORY OF 2012

MEMORY OF 2012 !! :D 
FORM 3 ROCK !!