✔ Apabila kamu teringatkan
seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR#
✔ Apabila kamu lupa tentang
apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT#
✔ Apabila kamu ingin wajah
berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA#
✔ Apabila kamu inginkan perlindungan &
kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD#
✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu
& mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada
dalam keadaan BERWUDHUK.
°°◦♫♥♪ WAHAI BIDADARI, MARI MENUTUP
AURAT DENGAN BETUL! ♪♥♫◦°°
>> TUDUNG : Tudung mestilah labuh,
menutupi dada, tidak jarang dan tidak terlampau menarik perhatian orang. Tidak
boleh memakai sanggul tinggi sehingga begitu jelas kelihatan seperti bonggol
unta.
>> PAKAIAN: Baju mestilah labuh, tidak
jarang, longgar, tidak menampakkan bentuk badan dan tidak menggunakan warna
yang terlampau terang. Lengan baju mestilah sampai ke pergelangan tangan.
Bahagian pergelangan tangan ke atas adalah aurat yang wajib ditutupi.
>> PERHIASAN: Perhiasan tidak boleh sehingga tabarruj, jangan kelihatan
begitu terserlah dan bukan niat untuk menarik perhatian orang.
>> KAKI: Kaki adalah aurat, wajib ditutupi. Pakai sarung kaki. Tidak
boleh memakai gelang kaki yang berbunyi dan kasut tinggi yang menyebabkan bunyi
sehingga menarik perhatian. Gunakan kasut tumit getah.
°°◦♫♥ Cantiknya kamu bila tertutup. ♪♥♫◦°°
"Apabila dirimu meminati seseorang,
bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat
menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan
sebenar-benar pengharapan.
Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana
bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti
sebuah kekecewaan akan menerpa .
Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah,
Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu
mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik
darinya…^^,