Thursday, December 10, 2015

Ayah selamat berangkat

pemergianmu ayah masih aku rasai. pastinya adinda adindaku lebih terkesima berbanding diriku .
ayah kau pergi meninggalkan nama.
kau pergi meninggalkan bonda.
kau pergi meninggalkan anakanda.
juga kau pergi meninggalkan kekandamu.
ayah ku sisip kemas memori indah bersama mu.
tika aku sedang keliru tika aku sedang buntu kau tempat aku mengadu.
ayah terlalu banyak keperluan kami kau laksanakan.
tika puasa menjelma kau kalut mencari juadah buat berbuka.
tika raya puasa tiba kau sibuk mencari kuih raya bekas kuih dan juga baju raya buat anak anak mu jua buat isterimu.
ayah tika manusia sibuk mengata dibelakang mu kau tetap teguh percaya pada yg satu.
 ayah tika kau sibuk menguruskan anak muda yg kian hanyut tidak kau anak mu yg sedang meningkat dewasa.
Ayah pesanmu agar kau akan mencari jodoh seseorang yang memihak kepada parti hijauBulanPutih. Apapkan daya ajal memanggilmu dahulu.
ayah sesibuk mana pun engkau pasti mencuri waktu untuk bersama anakandamu.
ayah walau kadang duit menjadi masalah kau tidak lah begitu gusar gundah gelana kerana kau percaya Dia punca rezeki kita.
ayah walau banyak salah ku untuk mu kau tega memaafkan kami.
ayah kehilangan mu buat kami buntu pemergianmu buat kami hilang arah tuju tapi syukur kerana tuhan masih sayang Dia tidak biar kami terus tenggelam dalam lautan penuh sembilu sedikit demi dikit dia suntik rasa ujian itu penuh hikmah buat diri kami untuk redha.
 tak ku sangka kau pergi dulu kerana ku kira sempat kau melihat adinda bongsu ku membesar. enam tahun sahaja yang tuhan beri buat adindaku menyulam kasih dari seorang ayah. tuhan bantu kami untuk buat adinda kami paham kasih kami juga setinggi kasih ayah buat nya. 
pesan ayahanda solat jangan kau tinggal aurat jangan kau buka pergaulan harus kau jaga moga menjadi anak yg soleh anakandaku.
jujur aku kau dia dan tiada siapa tahu kapan tiba ajal kita. jujur kadang kita hanyut kadang kita sedar. kadang dalam dilemma kadang sedang asyik lena.
 untuk kesempatan waktu ini izinkan kami terus beribadah kepadamu ya Allah.
izinkan kami.
moga Aman roh mu disana bersama para solehin. Baqi tempat kebumi mu. Raudhah menjadi saksi kepulanganmu kepada pencipta. Madinah menjadi tempat terakhir kau beribadah. Assalamualaikum ayahanda Abdul Haris Bin Romli.  

0 keikhlasan ukhwah: