politik.. apakah?
POLITIK
Bila masuk pasal politik ada yang mencemuh.
Ada yang menyokong kerajaan dan pembangkang.
Ada juga yang sekadar di atas pagar, tetapi manfaat didapati bersama daripada mana-mana pihak.
Siapalah yang sempurna di dunia.
Memang tak ada, walau dicari ke seluruh pelusuk juga belantara.
Namun hanya satu ketika yang akan membuatkan kita sedar bahawa kita hampir sampai ke titik kesempurnaan.
Apa dia?
Bila ni’mat yang ada sekarang diragut dan tiada dikembalikan.
Saat itu semua senada, tiada pecah belah lagi tetapi apakan daya benda dah jadi.
Kita hanya manusia yang berstatus hamba, tiadalah diberikan kekuatan untuk memutar masa.
Bagaimana mahu dibentuk dunia ini?
Agar mengambil Islam sebagai jalan keluar utama?
Jawabnya, bersatu.
Bersatu memajukan iman agar diberikan idea yang hebat untuk kemajuan ummah dan segala rakyat yang berbeza agama dan bangsa.
Bersatu memerah idea untuk menjadi kerajaan yang punya jiwa insan.
Bersatu menjadi pembangkang yang datang menegur pihak kerajaan Islam agar tiada menghilangkan prinsip Quran dan sunnah Rasul bukan mencaci dan mengata tanpa henti.
Bersatu menjadi ummah yang kuat untuk menyokong umara’-umara’ dan ulama’-ulama’.
Kerana politik itu adalah kuasa.
Kuasa yang boleh membawa baik, juga buruk.
Jika dahulu, politik menjadi alat penyatuan, kenapa tidak sekarang?
Adakah politik yang bersalah, atau manusia-manusia yang membawa dosa?
Fikirkanlah, kita boleh buat tak tahu pasal politik.
Kita boleh menyokong mana-mana yang kita suka.
Kita boleh membuat pilihan itu.
Tetapi jika pemerintah diperintah oleh manusia yang bukan ahlinya, maka tak semestinya masjid akan gah di Malaysia.
Na’uuzubillah…
Aku, kamu dan mereka tidak mahu perkara itu berlagu, jadi mengapa masih berpecah?
Carilah titik persamaan itu, dan kita tak akan pernah lumpuh oleh manusia-manusia yang tiada jiwa.
Hanya kita penyelamat dunia, ummat Islam.
Maka, bersatulah!
Kita punya Allah, Rasul SAW, Quran, sunnah!
Jadi, jangan sesekali gentar pada yang salah!
ALLAHua’lam…
0 keikhlasan ukhwah:
Post a Comment