Sebelum korang buang masa korang baca post better close tab
blog aku huhuhu maaf ini Cuma tulisan budak tak faham bahasa. Maaf belunguk
gila nak dibaiki. Excited just for a moment. Gua tabik yang mampu tulis cerita
best berderek Derek. Envy dgn MEREKA. huhuhu
Murfiqah Mawwadah ,Hanis Khuzairi ,Haziq Mifzal ,Aniqah
Insyirah
Nissa Raihanah. Wafri Rifqi,
Wafiq Raif.
"Mama. Please Han tak nak kahwin lagi. Han tak sanggup
nak pikul tanggungjawab ni. Lagipun perempuan mana mama nak nikahkan dengan Han
ni. Ma please. Bagilah abang enjoy dulu. Kita kasi adik Haz kahwin dulu ya
mama. Please." Sayu suara Hanis Khuzairi memecah hingin pagi itu.
Bersungguh-sungguh hanis memerayu untuk tidak dikahwinkan
lagi. Sejujurnya cinta pertama nya masih susah untuk dilupakan. Dia
ditinggalkan tanpa khabar atau berita. Terus-terang dia rasa dirinya
dikhianati. Bukan mudah untuk nya bangun semula setelah lama dia tersungkur
dibawah. Tetapi kini bilamana dia sudah
selesa diatas mamanya meminta dia memikul tanggunjawab sebagai suami. Oh tidak
tidak. Belum sekarang waktunya.
"Terpulanglah apa Han nak kata keputusan mama muktamad.
Daddy dan setuju pun dengan pilihan mama. Han please remember you are getting
old! Sekarang ni Han dah 27 tahun. Kawan-kawan mama semua dah ada cucu sendiri.
Tolong Han saat ini tolong dengar cakap mama." Dr. Maryam turut
menyuarakan isihati nya.
Dia hanya mahu
melihat anaknya punya teman hidup. Dia juga tak sanggup anaknya hidup dalam
bayang-bayang Nissa Raihanah. Dia mahu melihat anaknya yang dahulu sangat
berwibawa ketika zaman persekolahan sangat berkarisma. Nissa Raihanah telah
memusnahkan hidup anak sulung nya itu. Syukur ke hadrat ilahi anak bongsunya
Haziq Mifzal tidak terjebak dalam alam percintaan itu. Malah Haziq Mifzal
sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang syaria'ah di United
Kingdom. Bukan Hanis Khuzairi tidak berjaya. Dia merupakan salah seorang
arkitek muda yang mula membina nama buat waktu ini. Malah dia sangat bersyukur
kedua-dua anaknya terdidik dengan persekitaran islamiyah. Nissa Raihanah Bekas
tunang Hanis Khuzairi. Raihanah seorang guru. Guru yang mengajar di sekolah
swasta. Entah apa yang berlaku Raihanah pergi meninggalkan sepucuk surat kepada
mereka sekeluarga.
"Assalamualaikum. Han, Raihanah mohon maaf andai warkah
ini bakal melukakan segenap hati mu. Raihanah perlu pergi jauh dari hidup
seorang hamba yang mempunyai sepotong nama yang cukup indah iaitu Hanis
Khuzairi. Han jujur raihanah katakan hanah terlalu ingin membina keluarga
dengan mu. Raihanah hanya insan yang hina han. Raihanah pergi kerana sesuatu
yang tak dapat dielakkan. Benarkan Raihanah menyimpan nama mu dalam setiap doa
Raihanah. Andai hanah masih punya umur yang panjang. Kita akan dipertemukan
semula. Berjanji yang Hanis Khuzairi tidak akan pernah mencari Nissa Raihanah.
Biar takdir yang menemukan kita. Salam terakhir dariku. Disini Raihanah
sertakan sekali cincin pertunangan kita. Maaf andai aku memusnahkan angan-angan
kita. Semua ini ialah takdir.
Salam Perpisahan,
Nissa Raihanah Binti Rafie. "
Setahun lebih sejak pemergian mengejut Raihanah, Hanis
Khuzairi hidup dalam dunianya sendiri. Dia anti dengan kaum hawa. Kecuali mama
nya.
'Mama why not mama kahwinkan perempuan tersebut dengan Haz. Erm.. Tak perlah mama. But you must give
5 month to think. This is my life mama. Han berhak tentukan siapa teman han
nanti.'
Di Universiti of whatever.
Sedang Haziq Mifzal melangkah meninggalkan kawasan kampus.
Dia terpandang akan sepasang pasangan sedang tersenyum ceria sambil mendukung
seorang bayi. Segera langkahnya dilajukan mendekati pasangan tersebut.
"Assalamualaikum. You Raihanah kan? Yang musnahkan
hidup abang I tu? Right?" Sinis Haziq Mifzal bersuara terhadap Pasangan di
hadapan nya itu.
"Waalaikaumussalam. Haziq. Er ya. Tapi I bukan nya nak
musnahkan hidup dia." Nissa Raihanah membela dirinya. Dipeluk erat
anaknya.
"Comel anak you. Tapi sayang mama nya pemusnah kan? I
still wonder why you leave my brother with a letter. Now I think I've got the
reason. Am I right."
"You're wrong. I know what you're thinking about. But
its not like what you think. I'm still the old me. Let me introduce you. This
is my husband Dr Ammir Fadil and this little baby is my only beloved son Fakhri
Imtiyaz." Raihanah mengetap bibirnya.
"Oh Hey Dr Fadil. Hermm Fakhri Imtiyaz? Hahaha kenapa
you gunakan nama yang you dengan abang I carikan tu. Ops forgot it. By the way
miss I don't ask you to introduce them towards me. I don't care who they are.
But I care why you're leaving my brother last three year. Tell me." Sinis
percakapan Bakal Peguam ni.
"Why not you're coming to our house. Just a stone from
here. Boleh tak abang?" Segera Raihanah memandang suaminya. Suaminya hanya
tersenyum dan mengangguk.
...
Hanis terus masuk ke pejabat nya. Disitu lah tempat yang
boleh buat dia bertenang. Kod baju ditanggalkan dan digantung rapi di rak.
Segera dia mencapai sebatang pensil dan mencoret-coret sesuatu di atas buku
diarinya. Dia menulis sesuatu soal hatinya. Jujur dia belum mampu melupakan
perempuan yang pernah bertakhta di hati nya.
"Aku dan kau. Kini kita berbeza kan. Kau ke hilir aku
ke hulu. Aku dengan hidup aku. Kau dengan hidup kau. Lebih baik begini terus.
Harusnya dari dulu lagi. Agar aku tak terluka untuk kedua kalinya. Aku serik.
Sakit."
Kepalanya disandarkan pada kerusinya. Terasa sakit kepala
nya menyerang.
"Tok, Tok, Tok," pintu pejabatnya diketuk.
"Come in" Hanis Khuzairi bersuara.
"Arigato, hehehe
what's up? Apasal kau monyok woi?" Firdaus Azmi bersuara.
"Hoi lama tak nampak kau? Bila balik malaysia? Masuklah
borak dulu. Aku tengah free ni?" Riang Hanis bersuara.
Sofa di ruang pejabat Hanis dia duduki.
“ Bro Malaysia gile panas lahh. Rasa duduk dalam oven ja
hahaha” rungut firdaus Azmi merangkap best friend Hanis sewaktu di zaman
sekolah lagi. Mereka berdua memang tidak pernah berenggang. Saling tolong
menolong bila memerlukan dan diperlukan.
“eleh kau mentang-mentang kau stay kat Jepun tu lama
complain Negeri sendiri pulak. So what’s up? Any big news? Tetiba datang jumpa
aku. Rindu ker bro hahahahah”
“blah lah kau. So big man bila kau nak akhiri zaman bujang
kau. Umur kau dah cukup tua ”
“talking about yourself, man? Time did heal my wound.
Biarlah masa tentukan. In shaa allah suatu masa nanti. Ka
'Kek Coklat buat Dian'
"Untuk pengetahuan awak Dian saya akan berkahwin dengan Maria dalam
lingkungan dua minggu lagi. Saya begitu berbesar hati andai awak sudi menjadi
pengapit kami." Tutur Daniel Iskandar dengan penuh berhemah.
Hati dan jantung Dian bagai terjatuh dihempas kaca. "Is, kenapa
awak buat saya begini?! Kalaulah awak tahu isi hati saya mungkinkah awak akan
berubah."
Walaupun pahit untuk menerima berita itu, Dian tetap tersenyum namun
senyumannya tawar tiada manisnya.
"Tahniah awak! Tapi maaf ya saya mungkin tak dapat hadir saya ada
hal di kampung." Jelas Dian mohon pengertian Iskandar.
"Ermm nak buat macam mana kan mungkin hal kat kampung awak tu lagi
pentingkan.. Urgent gitu. Hehehe"
Iskandar cuba memeriahkan suasana. Suram sepi kurang ceria. Padahal
kalau hari-hari biasa suasana nya tidak sesuram itu. Dian selalu buat mereka
tertawa
"I won't press you Dian. If you have time come and visit us someday
okay. I'll be waiting for you. You're my superb Friend,Dian. I have to go. See
you again.Bye."
Sekali lagi Iskandar menuturkan bait-bait perkataan dan terus berlalu
pergi. Perlahan Dian melangkah ke meja kerjanya. Masih banyak lagi tugasan yang
perlu dia siapkan. Kadang-kadang Dian akan merungut sendirian. Masing-masing
sibuk menyiapkan laporan, lakaran dan pelbagai tugasan lagi. Malah mak cik
'Cleaner' pun 'busy'. :p
Sedang Dian sibuk menyiapkan kerjanya, Iskandar muncul bersama seorang
lelaki berkot hitam. Wajahnya putih bersih berkumis di dagu. Tampan dan sejuk
mata memandang. Setiausaha iskandar, Puan NorAlina meminta semua staf-staf dan
para pekerja berkumpul untuk sesi perkenalan.
"Okay guys ni bakal CEO syarikat Assyakirin Holding. I hope you all
dapatlah memberikan kerjasama yang baik untuk beliau. By The way nama cik CEO
kita ni Farid Ameerul Adli bin AsSyakirin. He's just come back from United
Kingdom dan I akan bertukar ke cawangan Assyirin ii tak lama lagi mungkin dalam
tempoh sebulan dari sekarang. Okay semua boleh bersurai."
Akhirnya iskandar menghabiskan juga tutur bicaranya.
"Hergh! Apa-apalah is oii Sorry lah is gua malas nak dengar tapi
macam pernah ku dengar sepotong nama ni.. Haish kat mana ya? Tapi tengok muka
tak kenal lah pulak."bebel Dian dalam hati.
Dian tidak perasan ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya.
Pemilik mata tersebut tersenyum penuh makna.
Semua petugas kembali menjalankan pekerjaan mereka yg terbengkalai.
Dian aqila mengatur langkah dengan laju sekali.
'Hai awak di sana :D' suara seorang lelaki memecah gegendang telingan
dian.
Segera dian mengalihkan pandangannya kepada pemilik suara itu.
'Hah? Ohh encik Ameerul rupanya.. Maaf cik nama saya Dian bukan Awak'
sengaja bibirnya dimuncungkan lalu terukir satu senyuman.
'Oh maafkan saya saudari Dian. Saya harap kita semua dapat bekerjasama'
Ameerul segara menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan.
'Maaf encik Ameerul tangan saya ada air sembahyang hehehe' sengih Dian
lalu pergi meninggalkan Ameerul.
Sepotong nama ini tak pernah Ameerul lupakan. Nurul Dian Aqila binti
Adnan.
'Dian.. Dian.. Kau masih tak ingat aku ka Dian atau kau sengaja
buat-buata tak kenal aku..' Rungut Ameerul dalam hati.
Kenangan 12 tahun lalu menerjah ke ruang minda Ameerul. Memori.. Siapa
yang mampu melupakannya?
'Aqila Aqila tunggu lah aku. Aku penat lah wei kejar kau ke hulu ke
hilir. Budak ni aku cepuk karang.' Tercungap-cungap Ameerul menutur kata.
Tubuhnya yang agak gempal menyukarkan pergerakan nya. Segera Ameerul
mencari kelibat Dian Aqila.
'Meon kau ni dah kenapa takkan lah setakat lari kau dah penat. Nah airku
buat mu hihihi' sengaja dimanjakan suaranya dan dihulur nya sebotol air mineral
buat Ameerul.
'Diam lah kau. Aku penat ni sebab kau qila.kau perlu bertanggungjawab.
Faham tak!' Bentak Ameerul lalu merampas kasar botol air di tangan Dian Aqila
'Kisah sangat ker aku kat kau. Boleh jalan lah. Sorry to say aku ada
work to do. Ciao lu.Tata Meon Bulat hehe' Dian terus lari meninggalkan Ameerul.
Itulah sebenarnya kali terakhir Ameerul bertemu dengan Dian. Beberapa
hari selepas itu,di sekolah guru kelas mereka Puan Noraini menjelaskan bahawa
Dian telah berpindah ke Pulau Pinang. Hal itu bukan sahaja telah mengejutkan
seluruh pelajar kelas mereka 5 Platinium. Kurang seorang rakan yang sering
membuat mereka tak kering gusi. Dian kenapa kau pergi tanpa kau ucap selamat
tinggal untuk ku..
Pemergiaan Dian Aqila mengundang luka buat Ameerul
Sejak detik itu, Ameerul berusaha memastikan berat badannya dapat
diturunkan. Pelbagai alternatif dilakukannya. Pernah sekali dua Ameerul
dikejarkan ke hospital kerana kekurangan zat makanan. Berjuta kali mama nya
menasihatinya untuk melupakan Dian namun dia tetap kaku tanpa jawapan. Dia
yakin Hatinya untuk Dian. Tak putus-putus doa dia kirimkan untuk memiliki Hati
Dian Aqila. Kini Dian telah pun berada di depan matanya. Dia cukup berterima
kasih kepada abangnya kerana mempertemukan semula mereka. Walaupun dia tahu..
Dian tidak mengingati gerangan dirinya.
'Aku akan pastikan kau ingat aku Dian. Angau tak sudah kau nanti. Ya
Allah comelnya kau sekarang! Rasa nak cubit-cubit ja hehe' gumam Ameerul dalam
hatinya.
Langkah diatur ke ruang yang telah disediakan untuknya. Matanya meliar
ke setiap sudut biliknya.
'Bagus perfect rasanya tak perlu aku ubah keadaan bilik ni..' Ameerul
tersenyum lagi penuh makna.
........
'Dian oii jom join aku lunch? Aku bosan lah.. Danial tak mahu teman aku.
Kasihanilah temanmu yang comel ini hihi' Yuhanis sengaja membuat mimik muka comel
dihadapan Dian walaupun dia tahu taktiknya Tak Pernah Berhasil haha apa
salahkan mencuba lagi ;p .
'Dey kau ni kan kalau tak makan tak sah kan. Harap badan ja keding tapi
Ya Allah sekali makanan depan mata kau habis kau lantak semuanya. Hahaha okay
lah aku pun lapar ni. Jom!' Sengaja Dian membuat Yuhanis malu. Beg tangan nya
segera diambil dan langkah diatur mendekati Yuhanis yang mulutnya sudah menjuih
ke hadapan.
'Alololo cover sikit lah mulut kau tu karang aku mintak Mamat hujung tu
gigit' tangan Dian dituju kearah abang posmen hahaahaha
Segera Yuhanis mencubit bahu kiri Dian. Lidahnya dijelir.
Laju sekali langkah diatur menuju ke pintu keluar pejabat.
Tidak semena-mena ada satu tangan menghalang mereka keluar. Kedua-duanya
tersentak dan segera mengundurkan diri ke belakang. Dian mendengus dan bersuara
sambil melihat tepat ke mata pemilik Penghalang itu!
'Eh, bos BESAR Ameerul Tolong ke tepi sedikit ya. Kami nak keluar lunch.
Perut dah keroncong dah ni boss.'
'Boleh ja awak-awak ni nak keluar lunch tapi bersyarat. Mesti saya yang
teman. Boleh gitu?' Encik Ameerul bersuara dengan senyuman yang cukup manis.
Siapa yang memandangnya pasti cair.
'Maaf lah tuan kami tak biasa makan di teman boss tak gempak lah boss.
Lagipun nak ker boss besar kita ni makan di tempat Low class gitu.' Yuhanis
juga tak mahu mengalah lalu bersuara sambil mengajuk gelaran yang Dian berikan
kepada boss baru mereka itu.
'Awak dua memang tak makan saman kan. Saya nak join sekali jaa Jom lah
saya belanja.' Kali ini senyuman nya lebih lebar sehingga menampakkan sebaris
giginya yang putih bersih.
'Okay lah gitu. Hany,Amin,Jiha,Leya,Abg Mat Jo Jom lah Join kitaorang
Lunch Boss besar kita ni nak belanja makan.' Lantang sekali Dian bersuara.
Perlahan dian mengumam dalam hati.
'Nah ambik kau boss nak sangatkan belanja. Silakan silakan kitaorang
confirm tak tolak rezeki punya'
.....
'Aisih yerlahh untuk awak semua jugak. Tapi lain kali Qila sahaja
boleh?' Matanya dikenyitkan dan segera keluar dari pejabat tersebut.
Dian terpaku. Diam-diam dia cuba untuk mengingati sesuatu yang telah
lama dia buang. Dian benci pada kenangan lalu. Dian tak suka dengar orang
memanggilnya denga nama Aqila walaupun itu memang namanya kerana ayahnya selalu
memanggilnya dengan nama itu. Dian benci pada kek coklat.
Semua itu membuatkan dia kembali mengenangkan kisah lalu nya yang pahit.
Peritnya meneruskan hidup tanpa seorang ayah. Peritnya hati melihat teman-teman
punya ayah padahal dia tidak. Dian masih ingat sebenarnya walaupun kenangan itu
mahu sahaja dia buang dari ingatannya. Petang itu dian keluar bermain sebaik
sahaja Dian pulang ke rumah. Dian dikhabarkan dengan berita yang cukup
menyentap sanubarinya.
Ayahnya terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari membeli kek coklat
sempena hari lahir Dian pada keesokkannya. Ayahnya tak dapat diselamatkan. Dian
menyesal. Dian sedih. Dian takut. Dian gentar. Dian menyesal meminta ayahnya
membelikan kek coklat buat dirinya. Ibu tiri Dian turut menyalahkan dia atas
kehilangan ayahnya itu. Ibu tiri.. Dian sedih mengenangkan nasibnya yang sudah
menjadi yatim piatu. Mamanya meninggalkan dia sewaktu Dian berusia tujuh tahun.
Kini ayahnya pergi meninggalkan dunia. Selepas kematian ayahnya itu, ibu
tirinya Puan Busra telah menghantar Dian untuk tinggal bersama-sama neneknya di
kampung arwah suaminya di Pulau Pinang. Adik Dian, Muhammad Danial Hakim telah
dihantar ke kampung ibu mereka di Perlis. Sejak itu Dian dan adiknya hanya
berhubung melalui telefon atau ruang chatting di laman sosial Facebook.
Mujur ayah nya telah menyimpan wang yang mencukupi untuk membiayai
pembelajaran dian adik beradik. Alhamdulilah kedua-duanya berjaya menjejak kaki
ke menara gading dan Dian berjaya mendapat keputusan cemerlang
Kini adik nya sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam kursus
sains politik. Beberapa tahun selepas itu Dian di Tawarkan bekerja di syakirat
As-Syakirin. Rezeki nya mungkin.
Kaulah untukku. Selamanya. Maafkan. (KSM)
'Assalamualaikum! Hoi kau sihat ka?' Muncul satu 'chatbox'
"Eh apalah mamat ni hantar chat kat aku. Buang tabiat ka budak ni
haish" rungut Faqihah. Sengaja bibirnya dijuih ke hadapan.
'Waalaikumussalam! Sihat walafiat! Awat?' Laju tangan nya menaip sesuatu
di papan kekunci itu.
'Aku sedih pujuklah aku! :'( '
'Lol ada kaitan dengan aku ka? Kau ni apahal sebenarnya fight dengan
awek lagi ka? Apa pasal ngadu kat aku pulak? Baguslah susah baru ingat kawan
kan..' Bertubi-tubi soalan aku tujukan untuk dia. Biar sedar diri sikit! Omel
faqihah sendirian.
'Alaa kau ni .. Kata kita ni Buddy. Bak kata Bro Digi engkau "Kami
Buddyz takkan terpisah" :p ' chat
di hantar kepada Faqihah. Uqaish tersenyum sendirian memikirkan sahabatnya
Faqihah yang selalu sudi mendengar setiap masalah yang dia hadapi. Sungguh
Uqaish menyayangi buah hatinya Yusayra Nabilah tapi kadang kala dia merasakan
Yusayra sengaja menjauhkan diri darinya. Yusayra selalu membangkitkan nama
Faqihah setiap kali mereka bertemu seolah-olah Faqihah penghalang terhadap
hubungan tak halal meraka itu. Bukannya Yusayra tidak tahu dia mengenali
Faqihah sejak mereka di bangku sekolah lagi. Semua tentang Faqihah sudah habis
dia ceritakan kepada Yusayra. Apa lagi yang kurang?
Uqaish hanya mampu berharap agar Yusayra tidak memintanya menjauhi
Faqihah. Sungguh dia tidak sanggup melakukan itu hal itu tidak pernah bermain
di hati mahupun fikirannya. Faqihah sahabatnya malah mama nya sendiri sudah
menganggap faqihah sebagai anaknya sendiri Mana mungkin dia menjauhi seorang
kawan untuk seorang Kekasih. Never!
"Buddy tak buddy kisah pulak aku. Kau betul2 sayangkan girl tu
ka?"
"Why not? She's gorgeous k. I love her too much"
Lama Uqaish menunggu Faqihah membalas 'chat' nya tetapi yang dia dapat
hanyalah hampa semata-mata. Akhirnya Uqaish hanya mampu memandang siling dalam kehampaan.
Dari pihak Faqihah pulak, bukan niat faqihah untuk tidak membalas chat
Uqaish tetapi Faqihah gusar apabila mengenangkan peristiwa semalam. Yusayra
mahu bersua muka dengannya. Yusayra meminta dia menjauhi Uqaish dan merahsiakan
pertemuaan itu dari pengetahuan Uqaish. Faqihah segera baring di tempat
tidurnya dan memikirkan permintaan Yusayra.
Sebenarnya bukan Faqihah tidak tahu Yusayra bermain mata dengan seorang
senior mereka yang begitu popular di kampus Tunku ... Kalau dia tidak silap
seniornya itu memang mata keranjang senang cakap Playboy lah.
Namanya Farhan Adam bin Adlan. Abang Farhan sebenarnya ialah abang
sepupunya tapi sengaja dia malas nak heboh. Malah Uqaish sendiri tidak tahu
tentang itu. Perkara tidak penting tidak perlu dihebohkan mungkin. Meskipun
Majalah At-Taqwa diselak sehelai demi sehelai namun satu patah perkataan pun
tidak melekat di minda. Hanya gambar berwarna itu menjadi santapan matanya.
Telefon bimbitnya diletakkan jauh dari meja tidurnya.
"Esok esok jalah aku dengar Uqaish punya leteran. Kalah mummy aku
oii" bebel Faqihah sendiri. Lalu Faqihah turun dari kamar tidurnya dan
melangkah laju ke bilik mandi nya. Untuk ambil wudu' kemudian dia berbaring di
kamar bujang nya itu.
Lama Faqihah termenung sambil baring di katilnya. Dia memikirkan sejauh
mana mungkin persahabatannya dengan Uqaish mampu bertahan. Sudah hampir lima
tahun dia memendam rasa terhadap Uqaish barangkali Uqaish yang tidak
menyedarinya. Dia sayangkan Uqaish lebih dari sahabat lebih dari 'buddy'.
Hancur luluh hatinya saat mengetahui percintaan Yusayra dan Uqaish. Memang
tidak dinafikan Yusayra dikurniakan wajah ala-ala arab dengan sepasang mata
yang mengoda namun apa kurang nya dia. Faqihah diberikan wajah ala-ala pan asia
yang begitu menawan. Dia menyelak sehelai demi sehelai halaman album yang
mengandungi gambar-gambar kenangan masa zaman persekolahan nya dengan uqaish. 3
tahun pertama pertemuan nya dengan Muhammad Uqaish Aisy bin Danial Hadi ketika
masing-masing berusia 16 tahun mereka ditawarkan bersekolah di sekolah
berasrama penuh. Seorang di Utara seorang lagi di selatan. Walau terpisah jauh
namun mereka masih boleh berhubung melalui telefon bimbit masing-masing. Tidak
semena-semena Telefon bimbit Faqihah berdering dengan lagu kegemaran nya 'Tears
Drop In the Rain'. Lagu itu sengaja dikhaskan untuk Uqaish seorang pada
pandangan nya lagu itu sesuai untuk mengambarkan perasaan nya terhadap
sahabatnya itu.
'Hoi apahal kau call aku malam-malam cenggini? Nak good night wish ka
hihihi' Faqihah bergurau dengan nya.
'Lah kau hidup lagi ker aku kira dah Innalilah dah ._. Apahal mood kau
ni.. Sekejap macam singa tertelan anak sekejap baik jaa.. Ko sakit ek? Cer
story kat aku..' Tersenyum lebar uqaish membalas.
'Suka hati aku lah.. Kau mana peduli sama aku sejak ada Yusayraa kau
tuu.. Untung arr lupa kawan cenggi arr kau.weyh aku beri warning kat kau ni
better kau hati-hati dengan dia. I hear something bad bout her' Faqihah berkata
jujur.
'Weyh aku boleh except kau kata aku bla bla bla. Tapi tak perlu lah nak
mention nama dia pulak problem kita bukan problem dia. Kau tahukan how much I
really love her.' Di hujung talian Uqaish tersengih.
'Yerrr lahh its up to you sekurang nya aku dah ingatkan. Love lah
sangat. Harom jaa tuu. Belum halal buat kau pun, bro. Dah arr aku ngantuk dah
ni. Selamat Malam Uqaish Aisy' telefon segera dimatikan dan Faqihah terus
tidur.
Uqaish tergamam. Dia tidak sangka Faqihah akan berkata sebegitu. Benar
Yusayra bukan lagi halal buat dia. Dia memang berniat menjadikan Yusayra
permaisuri hatinya tetapi keluarga nya selalu menghalang. Mereka lebih
berkenankan Zarqa Faqihah binti Dr.Asyraf. Tak dinafikan Faqihah mempunyai
banyak kelebihan berbanding Yusayra. Faqihah begitu kenal rapat dengan keluarga
nya. Permata tunggal doktor Asyraf itu dikurniakan wajah yang sedap mata
memandang malah mempunyai otak yang geliga.
Begitu tulus percakapan nya. Begitu manis senyum tawa nya. Tetapi hati
Uqaish hanya tertarik kepada Yusayra. Dia sudah begitu lama memasang
angan-angan untuk menjadikan Yusayra yg halal untuknya. Dia menghantar pesanan
khidmat ringkas kepada Yusayra
"Saya tahu awak tak tidur lagi. Tidurlah awak. Good Night my
dearest Queen. You'll be mine someday. Sweet dream my sweet."
Uqaish akhirnya tidur dengan tersenyum.
....
'Kring..Kring..Kring!!!'
Jam loceng milik Uqaish segera di matikan. Segera dia mengatur langkah
ke kamar mandi nya. Setelah habis membersihkan diri, dia mengenakan pakaian
kasual sahaja berbaju 'T' lengan pendek dan seluar trek putih. Sedikit wangian
disemburkan ke baju nya. Dia mencapai beberapa buah buku rujukannya meja dan berjalan menuruni tangga rumah nya.
'Assalamualaikum Mama Mommy cute hehe kita breakfast apa ya masakan mama
The Daebak lah' penuh ceria dia menutur percakapan untuk ibunya.
'Waalaikumussalam Budak besaq oii awat chek bangun lewat sangat ni dah
solat subuh ka belum ni. Hang nak kena taboh ka dengan senduk ni.?! Haii budak
ni hari ni mama masak kat hampa mee goreng' Manis muka Puan Fadilah.
Kerusi di meja makan di tarik dan perlahan-laham Uqaish duduk di situ
lalu dia bersuara
'Mama chek dah solatlah tadi tertidur balik lepas solat tu yang
lambat '
'Yer lahh lain kali bangun lah awal. Rezeki lambat masuk tau'
Uqaish menyuakan pinggan kepada mama nya. Sambil tersengih dia berkata
'Orait Madam besor. Hehehe mama nak mee mama. The Yummy lah. Ma, papa
dengan Adik-adik mana ma? Depa lagi lambat lah tuu. Hahaha Saya Juara.'
'Qaish toksah dok perasan lah. Papa ngan adik-adik hang pi keluaq
joging. Bukan macam hang macam ulaq sawa lagi aih' loghat penang Mama nya memang
sukar di ubah.
Uqaish tidak membalas sebaliknya dia terus menyuap mee goreng Mama nya
itu. Setelah habis mengambil sarapan, dia menyalami Mama nya dan terus ke
destinasi yang hendak di tuju. Walaupun hari ini tiada kelas di kolej namun dia
mengambil inisiatif ke perpustakaan untuk menyiapkan tugasan nya. Lagipun 'due
date' dah nak dekat.
Dia terus bergerak ke rak-rak buku di perpustakaan kolej nya itu dan
mencaru buku yang penting. Semasa mencari buku-buku itu Uqaish terdengar suara
orang bergelak ketawa. Suara yang tidak asing untuk nya. Suara Yusayra dan
senior mereka Farhan. Aisha Yusayra Nabilah binti Mohd Fares. Sepotong nama
yang indah sesuai dengan pemiliknya yang manis tapi sayang perangainya tidak
seindah namanya. Bukan Uqaish tidak tahu gosip-gosip yang melanda diri Yusayra.
Cuma setiap kali dia memohon penjelasan dia hanya hampa. Yusayra hanya
mengatakan bahawa mereka hanyalah teman rapatnya. Dia malas memikirkan nya.
Pernah juga dia berharap dapat putus hubungan dengan yusayra tapi akhirnya dia
sendiri yang tewas. Cintanya terlalu besar buat yusayra. Dengan penuh
kehampaan, dia berjalan ke meja. Di hempas buku-buku dalam pegangan nya.
....
Kepalanya diurut perlahan-lahan. Dengan pantas barang-barangnya disimpan
dan dia bergegas keluar dari perpustakaan. Sakit Hati. Sengsara. Memang tak
dapat dia gambarkan saat itu. Ingatan nya ketika pertemuan pertama dia dan
Yusayra bermain semula dikotak ingatan.
Pagi itu suasana sungguh nyaman dengan alam semulajadi yang indah dan
hidupan-hidupan yang berkicauan. Namun Uqaish sudah lambat! Dia berlari
sepantas yg boleh sebelum terlanggar seorang gadis cantik abis berterabur
barang dalam beg bimbit gadis itu. Uqaish segera mengutip dan memohon maaf. Dia
segera meninggalkan tempat itu dan mengapai telefon bimbit yang salah. Dia
tidak perasan kerana jenis ,bentuk dan warna telefon
....
Ayah.. Ayah.. Ayah.. Cantik tak E-Yan lukis ni.. Ayah.. Tengoklah"
terkedek-kedek anak nya Izayan Farihah binti Muhammad Uqaish Aisy mendapatkan
ayahnya.
Dari jauh Uqaish hanya mampu memandang ke arah anak nya. Air mata nya
menitis demi titis mengenangkan anak nya yang membesar tanpa belaian seorang
ibu. Faqihah pergi. Pergi untuk selamanya. Pergi meninggalkan dia.
'Aku bersalah Faqihah. Kenapa aku tak pernah nampak besarnya pengorbanan
cinta kau untuk aku sayang. Aku sayang kau faqihah. Tapi aku dah terlambat. Aku
terlambat. Maafkan aku Faqihah.' Uqaish memeluk erat anak nya bersama Faqihah.
'Ayah kenapa ni? Buruk ke lukisan E-yan. Okay okay jangan lah nangis.
Nanti E-yan lukis lain ya.' Tersengih manja secomel Izayan. Sambil dia mencapai
tisu dan mengelap air mata Uqaish.
'Izayan Uqaish masuk rumah sayang. Opah nak kasi something ni' Mama
Uqaish melambai-lambai ke arah Izayan.
'Orite Opah. Ayah ayah e-yan masuk lam dulu ya. Babai. Muah' dicium
lembut pipi ayahnya Uqaish.
Uqaish Melihat anak nya berlari-lari anak masuk ke dalam rumah..
Dia terus membaca diari coklat milik Zarqa Faqihah.
19th June 2009
Hujan lebat horray. Tak yah gi kolej. Olalalala. ^~^ Aku sebenarnya nangis
lagi hari ni. Haih hati bersabar ja lah. Kau yang gatal sangat nak sayang kat
mamat psiko tu kan --> Uqaish hahahahaks ;P Malam tadi Uqaish marah aku.
Sebab perempuan Psiko tu jugak. Tak faham lah aku. Aku dah gitau Uqaish.
Yusayra main mata dengan Abang Sepupu aku si Paan tu. Haish. Bukan aku tak
kenal Abang Paan. Playboy kot. Hergh
20th June 2009
Fadil Akhyar si mamat Handsome tuu woot woot. Main kan gitar dan
nyanyikan sebuah lagu untuk aku. Hahaha sedap woi. Haha aku nampak Uqaish jalan dengan Yusayra.
Tegang nya muka uqaish. Alamak rasa bersalah lah pulak. Calm down Faqihah.
You're right. Okay gua ngantok tatata
21ft June
Result exam hari tu keluar. Woo hoo Alhamdulilah. Aku dapat 3.8 kod.
Tercatat dalam sejarah hidup seorang hamba Comel Zarqa Faqihah muahaha. :P
alaaaaaa Uqaish jahat giloss. Apahal dia stay away dari aku ni? Pffft what's
wrong dude? Kalau pasal malam tu aku mintak maaf uqaish. Aku nak kau bahagia
walau bukan dengan aku tapi aku tak nak kau dengan dia. Dia bukan tak baik tapi
dia bukan yang terbaik untuk kau Uqaish. Aku terlalu sayangkan kau. Mungkin
kita akan jadi kawan ja sampai mati? Er? Entah lah who know's?
22 June
Gila hari ni memang gila! Yusayra tu jiwa sangat ka apa dah? Apahal
minah psiko tu tuang air ke kepala aku. Er apahal aku tak tuang balik tah.
Entah rasa tak dak kekuatan ja time tu. Tapi ada pulak kekuatan untuk lempang
muka dia. Huhu tercipta satu lagi sejarah. Teruk kena maki dengan Uqaish. Dia
back up Yusayra even dia nampak salah aweks dia tu. Suka hati kau lah suka hati
kau.
Seketika Uqaish terleka dek kenangkan masa silam nya itu. Malam itu
teruk dia memarahi Faqihah. Dia masih ingat perbualan mereka pada malam itu
Dia minta untuk bertemu Faqihah di Restoran berdekatan kawasan perumahan
Faqihah diami.
10 minit dia hanya melihat Faqihah tunduk dan langsung tidak memandang
ke arah mata nya. Manakala Uqaish pula memandang tajam ke arah Faqihah. Sebelum
Uqaish bersuara ..
'Hoi kau kenapa lempang Yusayra ? Apa sangat salah dia kat kau? Kau
ingat kau sapa nak lempang anak orang oi. Tahulah kau tu anak doktor tapi kau
tetap tak dak hak nak lempang dia'
'Tapi weyh dia yang tuang air kat aku dulu. Aku pun tak tahu kenapa.
Automatic ja tangan aku pi lempang dia. Biar jer lah dia rasa. Boleh blah lah
dengan anak doktor kau ingat anak doktor semua perfect ka? Hello bro gua nak lu
buka mata lu.' Segera Faqihah membidas soalan uqaish. Wajah nya terasa begitu
bahang.
'Memang lah tak perfect tetambah kau ni uck! Aku tak faham
lah dengan kau dulu bukan main kau sokong kitaorang punya relationship but now
why you've changed?! What's wrong dude?' '
'I'm changed because of her. I know you know my reasons why.
I don't like to mention bout it. I've no idea right now. I'm just wanna back
home now. SYS assalamualaikum.' Bicara Faqihah semakin lembut dan pantas dia
berlalu pergi.
Uqaish hanya mampu duduk disitu dan termenung sahaja. Dia hanya mampu melihat langkah Faqihah yang
semakin jauh. Dia tersedar semula. Dia kembali ke dunia reality. Dunia masa
kini. Bukan lagi hidup di masa yang lalu. Dia rindu saat-saat manis bersama
Faqihah. Jika bukan kerana darah mudanya dia tidak akan pernah mempersiakan
kasih sayang isterinya itu. Kini faqihah telah pergi. Jauh dari dunia. Tapi
sentiasa dekat di hatinya.
Beberapa hari selepas kejadian itu, Uqaish dan Faqihah tidak
bertegur sapa selama sebulan lamanya. Namun suatu insiden tidak diingini
berlaku. Pada suatu petang berdekatan dengan Kafeteria Kolej mereka Faqihah
terdengar perbualan Yusayra dengan kawan nya.
'Weyh tolong aku! Aku dalam masalah besar nie. Aaa Aku..'
Yusayra tergagap-gagap untuk meluah isi hati nya itu.
'Kau aper? Cuba kau cakap. Mungkin boleh tolong' Kawan nya
turut bersuara.
'Aku tgh pregnant sekarang. Aku nak gugur tapi aku takut.
Apa aku nak buat sekarang? Tolong aku Leeya ' ada getar sendu dalam suara nya.
'Astagfirullahilazim Seraa kau ni biar betul. Kau tahu kan
berdosa kau buat zina. Sekarang kau nak aku bantu apa? Aku tak nak bunuh baby
tu. Dia tak berdosa.' Perlahan seraya Mira Aliya berkata.
'Sejak bila kau jadi baik pulak ni?'
ONE SECOND LOVE STORY
‘When you talked world look shine to me.
Even when you smile I can’t stop myself from look over
you.
Everything about you seems too perfect. Would like to be
mine?’
Masa tu aku sedang berdiri sahaja memandang sekeliling.
Seems a lot of differents. Aku bosan
lalu mengambil ear phone dan dengar lagu. Nyaman. Tetiba Uwaizs datang. Datang
dekat sangat. Aku terkejut tergerak kebelakang tanpa sedar.
‘kau asal?’
‘aku nak gi tahu kau something. Nak dengar tak?’
‘apa benda? Cakap arr tapi jangan dekat sangat. Kita ada
jarak kot.’
‘ehh sorry. Aku sebenarnya..’
‘sebenarnya apa?’
‘kau memang tak reti sabar kan? –‘ ’
‘dah kau macam tersekat-sekat. Heh sorry beb’
‘ada mamat kat kem ni suka kat kau. Dia mintak no fon kau.’
‘ohh dah lah malas aku nak layan’ heartless. Live him alone.
Dalam hati aku menjerit ‘kenapa! Kenapa kau tak sedar yang
aku sebenarnya yang suka kat kau. Kau memang selalu macam ni. Bendul! Benci
kau.’ Perlahan air mata menyentuh pipi.
Segera aku sapu. Buat apa simpan dalam hati. Kalau kawasan
itu tiada seorang manusia dah lama aku jerit.
Aku bukan sesiapa. Cuma insane dengan sekeping hati Nampak
heartless but full of emotional. Aku pendam saja selalu. Aku tak ramai kawan.
Bukan tak pernah cuba berkawan tapi kebanyakkan hari ni ada esok dah pergi.
Datang dan pergi. So bagi aku definition
friends adalah friends is like t-shirt. Hari ni kita pakai esok kita tukar.
Tapi aku ada satu. Seorang teman bff. Dia ni memang gempak lah. Dia cepat faham
aku. Walaupun aku tayang muka no feeling depan dia tapi dia dapat faham aku
seadanya. Aku sendiri tak sedar tapi dia selalu ada untuk aku. Terima kasih
tuhan hadirkan insan sebegini untuk aku.
‘fazreen tunggu’
Aku toleh belakang. Suara macam somebody. Langkah aku
terhenti seketika.
‘eh dian . asal?’
‘saya Nampak awak menangis tadi. Tak nak story kat saya ke?’
Dia Dian. Ulang suara dan ulang Nama. Her name ‘Halwanis
Dian Binti Dr. Azhar’
Dia lah bff aku tu. Pelik bin heran. Hehe. Dia bahasa diri
dengan aku saya-awak. Weirdo but its truth. Dia ni Nampak ja feminim tapi
brutal yang amat.
‘tak ade apalah . aku Cuma nak nangis tak boleh ek?’
‘iyerlah tuu ingat saya percaya. Jom duduk hujung sana. Kita
story morry. Hehe lets go baby’
Segera pergelangan tangan aku Dian pegang dan tarik aku ke
tempat berteduh di hujung itu.
Adus sakitnya kepala aku. Arrgh biarlah sakit biasa ja ni.
‘awak tak nak ke story kat saya masalah awak?’ senyum Dian
disebelah aku.
‘tak kot. Aku malas lah nak cerita-cerita bagai hehe ’ sengih
aku menyimpan seribu satu kesedihan.
‘hmmm.. okaylah anyway kalau rasa nak story just panggil
saya ya :D oh ya reen Dian nak beritahu sesuatu ni. Awak sudi dengar tak? ’
penuh teruja dian bersuara.
‘of course. Tell me what is it? J’
‘semalam… dian pergi jumpa uwaizs atiq. Dian dah lama simpan
perasaan kat dia. Since first time jumpa dengan dia. He cool. He gentle. He
kind after all. And foremost dia kuat pegangan agama jugak. So malam tadi dian
beritahu dia perasaan sebenar dian. Memang berat sangat. Tapiiiii uwaizs … dia
tolak perasaan ni. What should I do after all, dian malu sangat nak tengok dia
sekarang.’ Luahan hati dian menyetak hati aku. Zapsss. Seolah-olah masa
terhenti seketika untuk aku.
Mahu sahaja aku menjerit. Kenapa harus dia Dian. Kenapa
perlu Dia yang aku cinta Dian. Kenapa takdir kita begini juga Dian. No way Dian
tak boleh tahu perasaan aku. I need to keep this secret safe!
‘amboiii cik dia kita ni.. tak sangka aku kau suka kat dia.
You two seem have a lot of different. Are you really sure with your feeling?’
‘hmm tak tahu lah reen. Kekadang Dian rasa maybe Dian Cuma
kagum dengan diri dia. But then my heart beat faster even when he just walked
passed by me. I got jealous when he friendly talked to you.’ Terbuka tiada yang
Dian sembunyikan termasuk perasaan. Mungkin sebab inilah Dian selalu nak
bersemangat, and happy-go-lucky.
‘oh ya? Ops sorry Dian I never thought about it. May be you
should ask somebody yg lebih berpengalaman dari Reen. Apapun reen doakan yang
terbaik untuk Dian ya.’ Tipu lagi. Hatiku berbicara.
Terus sahaja Dian menarik aku lalu memeluk aku seeratnya
lantas berbisik sesuatu di telinga kiri aku
‘sebab nilah Dian sayang Reen sampai syurga. Hopefully you
feel the same.’ Perlahan dia berbisik. Dingin. Maafkan reen Dian. Dian lebih
berhak bersama Uwaizs. Reen sanggup berundur.
Setelah seketika berlalu aku berjalan pulang ke kabin. Duduk
berbaring berehat sementara menunggu arahan dari Helena. Ketua kabin kami.
Siapa tahu niat dihati Cuma ingin berbaring tetapi terlelap pula. Dalam tidurku
aku mimpi kenangan 10 tahun lalu.
Sewaktu itu aku Cuma berusia 6 tahun. Ya Cuma 6 tahun. Pada
petang yang redup itu aku bermain bersama-sama teman sepermainan yang lain.
Tiba-tiba datang seorang budak lelaki datang mendekati. Tersenyum sengih
memandang aku yang sedang berdiri. Bermulalah saat kami berkenalan.
‘apa tengok-tengok? Apa nama kau.’ soal aku.
‘Ku Uwaizs Atiq Bin Harizz’ bangga dia bersuara.
‘ohhh geng kita ada kawan baru. Nama dia Uwaiz.’ Jerit aku
pada kawan-kawan yang lain. Feeda,
Farhan, Minhaj dan Qumaira hanya tersenyum dan gembira mendengar berita itu.
Pada mereka bertambah kawan bertambah seronok.
‘Uwaiz ni paan, haj, feeda dan Mera. Aku reen. Kau baru
pindah sini kan. Tak pernah Nampak pun sebelum ni.’ Soal aku. Lagi.
Ya ibu dengan ayah uwaiz datang melawat kampong ni.
…….
Bahu dicuit.
‘Reen ni banyak
sangat mengelamun’. Tegur dian. Segaris senyuman aku hadiahkan.
‘Jom lah teman Dian Makan.
TERGANTUNG.
Beri aku masa nanti aku siapkan. Hahahahahahhahahaha selalu
gua fikir macam ni serious sorry buat engkau orang baca hasil layak masuk
dustbin aku ni sorry weh. Memang aku tak dak bakat. Cerita clihe malas nak
sambung teruja buat serangkap pastu hilang mood.
Jadi macam yang boleh dilihat lihat aku suka sangat campur
gaul dan adun sehingga tak sebati bahasa melayu dengan English. So mangkuk lah.
Huhuhu.
Maaf buang masa baca benda cenggini
lain bulan lain cerita
maaflah kalau tak suka
Cuma tulisan aku yang tak seberapa
Ewah terlepas pantun sukses gua. Wkwkwkwk. Perosak bahasa
jangan tiru aku. ^;^